CIK Zarina Yusof, yang berpengalaman lebih dua dekad dalam sektor swasta dan awam, akan menyandang jawatan sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif AMP mulai 1 Februari ini.
Beliau, 47 tahun, akan mengambil alih tugas Encik Mohd Anuar Yusop, 62 tahun, yang mengundur diri setelah 15 tahun menerajui badan bantu diri itu sebagai Pengarah Eksekutif.