Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP lantik Pengarah Eksekutif baru

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pengasas bersama pertubuhan belia yang giat dalam kerja kemasyarakatan telah dilantik AMP Singapura sebagai Pengarah Eksekutifnya yang baru.



Encik Mohksin Rashid, 36 tahun, yang secara rasmi mula berkhidmat dalam peranan itu sejak semalam, mengambil alih jawatan dari Pemangku Pengarah Eksekutif AMP Cik Zarinah Yusof.



Dalam kenyataannya, AMP berkata Encik Mohksin mempunyai lebih sedekad pengalaman bekerja di dalam sektor amal.



Beliau yang juga memimpin Majulah Community, pertubuhan belia yang tidak mencari keuntungan, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari 2014 hingga 2019. Beliau adalah pengasas bersama pertubuhan itu.



Encik Mohksin, juga aktif dalam kerja kemasyarakatan selama hampir dua dekad, di mana beliau merupakan sukarelawan di badan amal, masjid dan juga kumpulan belia sejak beliau berumur 18 tahun, kata AMP.



Antara kerja sukarela yang dilakukannya ialah sebagai pengerusi jawatankuasa CLF Labs sejak 2018, menjadi naib pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Alkaff Kampung Melayu (2017-2019) dan sebagai Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Masjid Wak Tanjong sejak Disember 2020.



Sumbangan Encik Mohksin kepada masyarakat pernah diiktiraf.



Pada 2018, beliau dipilih memenangi Anugerah Belia Inspirasi Muis50 yang mengiktiraf sumbangannya di dalam bidang sosio-keagamaan. Pada 2015 pula beliau dipaparkan di dalam buku SG50Kita.



Mengulas mengenai pelantikan Encik Mohksin sebagai pengarah eksekutif, pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion berkata:



"Kami yakin bahawa pengalaman Mohksin yang mendalam di dalam kerja kemasyarakatan akan membantu memajukan dan mengubah AMP agar kami kekal relevan kepada pihak-pihak berkepentingan di dalam khidmat kami kepada masyarakat dan Singapura di masa depan.



"Kami berharap pelantikan ini akan membawa dengannya pespektif dan pandangan segar, dan saya yakin ini akan memanfaatkan AMP dan juga para klien kami."




"Kami berharap pelantikan ini akan membawa dengannya pespektif dan pandangan segar, dan saya yakin ini akan memanfaatkan AMP dan juga para klien kami."
- Pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >