KES IMAM SINGGUNG PERASAAN PENGANUT AGAMA LAIN

AMP sambut baik mohon maaf

ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) menerima dan menyambut baik permohonan maaf imam di Masjid Jamae Chulia, Encik Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik, berkaitan doa tambahan yang dibuatnya di salah sebuah masjid setempat yang kemudian mencetuskan perdebatan di kalangan masyarakat Melayu/Islam di sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Lembaga Pengarah AMP berkata satu perkara penting daripada kenyataan imam tersebut ialah doa tambahannya bukan dipetik daripada Al-Quran, sebaliknya ditukil daripada teks lama yang berasal dari kampungnya di India.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan