BAGI menyambut ulang tahunnya yang ke-30, AMP Singapura telah melancarkan Cabaran Maya (AMPVC) 2021 yang membolehkan orang ramai membiaya sama penerima bantuan AMP menerusi cabaran berlari, berjalan atau berbasikal.
Dalam satu kenyataannya semalam, AMP menjelaskan AMPVC itu bertujuan mengumpul sebanyak $100,000 bagi klien dan penerima bantuan di bawah jagaan AMP.
Ia berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 September ini.
Ia dibuka buat sesiapa yang mula bersenam mahupun penggemar senaman berpengalaman mengumpul dana di samping mengundang keluarga, rakan dan orang ramai agar menyumbang menerusi laman profil mereka di laman web AMPVC.
Sumbangan akan disalurkan kepada AMP bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, pelajar, belia, dan penerima bantuan lain.
Menurut AMP lagi, setiap peserta boleh menyelesaikan cabaran terpilih mengikut kadar kebolehan dan di lokasi masing-masing.
Para peserta juga dikehendaki merakam dan menyelesaikan cabaran tersebut di dalam lima sesi atau kurang.
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda
Dalam dunia yang sering menumpukan pada gerak isyarat yang besar dan lantang, Cik Isdiyanah Puteri Kudsi Dulkifli, Ketua Program di Schneider Electric, percaya bahawa perubahan berkesan tidak
Mengejar kejayaan lagu menerusi anugerah atau jumlah penstriman bukan sesuatu yang diburu penyanyi dan pelakon, Izzue Islam.
Izzue, atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33 tahun, telah
Buah pinggang adalah salah satu organ yang sangat penting dalam tubuh manusia.
Organ ini mempunyai peranan yang kritikal dalam mencuci darah daripada sisa buangan dan mengeluarkan lebihan air yang
Biasanya, pendengar dan peminat, Ernie Zakri, mengenalinya sebagai penyanyi ‘powerhouse’ yang tiada masalah melantunkan suaranya tiap kali berdepan dengan mikrofon.
Kali ini, Ernie menampilkan
Dibandingkan dengan lagu Hari Raya yang biasanya lebih tertumpu pada matlamat menjadi tular, jelas sekali Bermula Syawal Ini, berbeza penampilannya.
Lain daripada lagu Raya yang biasanya bernada riang
Empat tahun lalu, pesakit ginjal yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Halim mengetahui bahawa beliau menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat.
Ia merupakan peringkat lanjut kegagalan
Apabila lagu, Raikan Raya, mula diputarkan, kaki penulis seakan ‘dirasuk’. Kepala pula mula bergoyang.
Ini bukan kes aniaya, tapi rentak lagu Raya terbaru daripada Syamel ini begitu menghiburkan
Tidak ada formula khusus yang dijadikan sandaran pelawak dan pelakon seberang Tambak, Bell Ngasri, dalam mencuit hati penonton sehingga mereka ketawa pecah perut.
Baginya, ‘bedal’ sahaja dialog lucu

Pendaftaran untuk Cabaran Maya AMP kini dibuka dan akan ditutup pada 11.59 malam pada 15 September ini. Individu dan kumpulan yang berminat boleh mendaftar di laman beralamat VC2021.amp.org.sg. Bayaran $30 seorang dikenakan.
Cik Shazana Sharif, anggota Jawatankuasa Penganjur AMPVC, yang juga Penolong Pengurus Hab Belia AMP, berkata:
"Pandemik ini telah mengetengahkan kisah-kisah inspirasi warga Singapura yang tampil untuk membantu mereka yang terjejas dek pandemik.
"Kami ingin menyediakan wadah ini agar lebih ramai lagi yang boleh berbuat demikian untuk menyumbang dan memberi kesan langsung kepada mereka yang memerlukan.
"Harapan kami adalah wadah ini dapat memberi inspirasi dan memupuk sifat memberi dalam masyarakat Singapura bagi jangka masa panjang."