Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP Singapura usaha kumpul $100,000 bantu golongan memerlukan

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



BAGI menyambut ulang tahunnya yang ke-30, AMP Singapura telah melancarkan Cabaran Maya (AMPVC) 2021 yang membolehkan orang ramai membiaya sama penerima bantuan AMP menerusi cabaran berlari, berjalan atau berbasikal.



Dalam satu kenyataannya semalam, AMP menjelaskan AMPVC itu bertujuan mengumpul sebanyak $100,000 bagi klien dan penerima bantuan di bawah jagaan AMP.



Ia berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 September ini.



Ia dibuka buat sesiapa yang mula bersenam mahupun penggemar senaman berpengalaman mengumpul dana di samping mengundang keluarga, rakan dan orang ramai agar menyumbang menerusi laman profil mereka di laman web AMPVC.



Sumbangan akan disalurkan kepada AMP bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, pelajar, belia, dan penerima bantuan lain.



Menurut AMP lagi, setiap peserta boleh menyelesaikan cabaran terpilih mengikut kadar kebolehan dan di lokasi masing-masing.



Para peserta juga dikehendaki merakam dan menyelesaikan cabaran tersebut di dalam lima sesi atau kurang.



Pendaftaran untuk Cabaran Maya AMP kini dibuka dan akan ditutup pada 11.59 malam pada 15 September ini. Individu dan kumpulan yang berminat boleh mendaftar di laman beralamat VC2021.amp.org.sg. Bayaran $30 seorang dikenakan.



Cik Shazana Sharif, anggota Jawatankuasa Penganjur AMPVC, yang juga Penolong Pengurus Hab Belia AMP, berkata:



"Pandemik ini telah mengetengahkan kisah-kisah inspirasi warga Singapura yang tampil untuk membantu mereka yang terjejas dek pandemik.



"Kami ingin menyediakan wadah ini agar lebih ramai lagi yang boleh berbuat demikian untuk menyumbang dan memberi kesan langsung kepada mereka yang memerlukan.



"Harapan kami adalah wadah ini dapat memberi inspirasi dan memupuk sifat memberi dalam masyarakat Singapura bagi jangka masa panjang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >