Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AMP terima pengiktirafan khas tunjuk ciri majikan terbaik

Jun 28, 2022 | 05:33 PM

PERTUBUHAN karyawan Islam, AMP Singapura baru-baru ini telah diiktiraf oleh Majikan Terbaik Kincentric Singapura dengan Pengiktirafan Khas dalam Sektor Perkhidmatan Sosial.

AMP Singapura merupakan satu-satunya badan Melayu/Islam (MMO) menerima pengiktarafan tersebut tahun ini.

Pengiktirafan itu berdasarkan penilaian oleh Kincentric, sebuah syarikat konsultasi sumber manusia, yang menentukan sejauh mana organisasi-organisasi berinteraksi dengan pekerja mereka dan menunjukkan ciri-ciri Majikan Terbaik mereka. 

Organisasi-organisasi dinilai berdasarkan empat elemen berasaskan penyelidikan yang penting untuk meraih kejayaan, iaitu penglibatan pekerja, ketangkasan organisasi, tumpuan bakat dan kepimpinan yang terlibat sama.

Mengulas tentang pencapaian ini, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berkata Pengiktirafan Khas ini amat dialu-alukan sedang mereka mengharungi cabaran dan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh pandemik ini.

“AMP percaya bahawa amalan pekerjaan yang baik adalah kunci kepada prestasi dan pengekalan pekerja yang lebih baik, yang sebaliknya akan memberi kesan langsung ke atas klien kami serta ruang perkhidmatan sosial. 

“Memupuk budaya tempat kerja yang positif amatlah penting terutamanya pada masa kini dalam menangani isu organisasi yang kompleks dalam dunia yang tidak menentu, kompleks dan penuh dengan ketidakpastian, supaya kami kekal berkesan dan serba lengkap dalam memenuhi keperluan klien dan benefisiari kami. 

AMP memahami perlunya untuk memberi respons yang berkesan terhadap cabaran ini sambil memastikan kami masih memenuhi keperluan kakitangan dan klien kami,” ujarnya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3