Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin Amin dan Ong Ye Kung calon baru PAP di GRC Sembawang

Ellen Lee undur diri
Aug 15, 2015 | 10:00 AM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah mengumumkan dua calon barunya di GRC Sembawang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Kededua mereka adalah Encik Ong Ye Kung (gambar bawah) dan Encik Amrin Amin. 


AP GRC Sembawang yang ada sekarang, Cik Ellen Lee, pula tidak akan bertanding.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, mengumumkan demikian dalam sidang media di Swami Home pagi ini, Jumaat.



Encik Amrin Amin, 36 tahun, seorang peguam korporat yang akan menggantikan Encik Hawazi Daipi, berkata beliau mahu menyumbang dengan membangunkan bakat belia Melayu/Islam dan menggembeling tenaga belia untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.


Encik Amrin datang daripada keluarga dengan latarbelakang penuh sederhana.


Bapanya bekerja sebagai teknisyen pada siang hari dan memandu teksi pada sebelah malam.


Ibunya pula mengambil pelbagai pekerjaan sambilan.


Beliau berjaya bukan hanya atas usaha dirinya tetapi juga peluang saksama yang disediakan pemerintah. 


Encik Ong Ye Kung, yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu, pula berkata pengalaman lalunya itu, di mana beliau tewas bertanding di GRC Aljunied, mengajarnya untuk tidak mengambil remeh apa sekalipun dalam pilihanraya. 


Cik Lee pula menegaskan beliau akan tetap aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, walaupun akan berundur diri dari politik.


Sementara itu, Encik Khaw yang mengetuai pasukan PAP di GRC Sembawang, berkata penduduk perlu memilih pasukan yang mempunyai idea terbaik dan pasukan yang paling berkebolehan.


Bukan yang hanya bertanding untuk sebab-sebab peribadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >