Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Bangga rakyat S'pura bersatu tolak berita palsu

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, turut menyuarakan pandangannya mengenai insiden melibatkan pegawai Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) dengan beberapa anggota masyarakat Melayu/Islam baru-baru ini yang hangat diperkatakan di media sosial.



"Penguatkuasaan undang-undang di Singapura tidak kira bangsa. Ini sangat berharga.



"Desas-desus buruk yang menimbulkan keraguan yang membahayakan tentang keadilan polis harus dinafikan, dan penyebar fitnah dimalukan," tulis Encik Amrin dalam posnya itu.



Beliau turut berbangga warga Singapura rata-ratanya bersikap rasional.



"Semua orang termasuk masyarakat Melayu Singapura tidak ragu-ragu untuk berdiri teguh dan bersatu menolak kepalsuan yang menghancurkan nilai kita.



"Kejadian baru-baru ini pastinya bukan yang terakhir.



"Tindak balas kita menentukan diri kita serta mencerminkan nilai yang kita pegang dengan teguh," tambah Encik Amrin.



Awal dari itu, dua insiden yang menuduh pegawai TransCom kononnya memilih dan memeriksawarga Melayu/Islam dihentam dan dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).



Insiden pertama merupakan video yang disebarkan dalam talian menunjukkan seorang lelaki Melayu memekik kepada pegawai TransCom yang melakukan pemeriksaan terhadapnya di stesen MRT Bishan.



Berikutan perkongsian video tersebut, segolongan 'netizen' (pengguna Internet) menyuarakan pendapat bahawa orang Melayu menjadi 'sasaran' pemeriksaan di stesen MRT.



SPF menafikan tuduhan tidak berasas itu sambil menjelaskan bahawa majoriti orang yang diperiksa pasukan tersebut pada hari itu bukan berbangsa Melayu.



Insiden kedua ialah berkaitan dakwaan palsu bahawa pegawai TransCom telah melakukan pemeriksaan ke atas dua pelajar madrasah kerana mereka perlu mengisi kuota pemeriksaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >