Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin gesa ikuti program 'Dare' selamatkan nyawa

May 26, 2018 | 05:22 PM



LEBIH 700 alat defibrilator luaran automatik (AED) telah dipasang di kawasan awam seperti kelab masyarakat dan blok HDB sejak 2013.

Alat itu berguna dalam menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang menghadapi serangan jantung.


Menyatakan demikian, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, menekankan perlunya orang ramai belajar mengetahui bagaimana memberi bantuan pernafasan (CPR) dan menggunakan AED yang ada.


Ia terkandung dalam program menghulur bantuan segera yang disebut Dispatcher-Assisted first Responder programme (DARE) – satu inisiatif menggalakkan rakyat Singa pura tampil memberi bantuan segera kepada sesiapa yang diserang sakit jantung.

Ini penting kerana daripada 2,300 kes serangan jantung yang berlaku setiap tahun di Singpaura, 70 peratus berlaku di kawasan penginapan dan di depan orang yang dikenali.


Sesiapa sahaja boleh membantu jika tahu CPR dan menggunakan AED.


Program Dare mendidik masyarakat melakukan tiga tindakan segera: hubungi 995 dan menanti pakar memberi arahan satu persatu; melakukan CPR; dan menggunakan AED jika ada.


Pelancaran aplikasi mudah alih Dare akan lebih memudahkan semua orang belajar kemahiran menyelamatkan nyawa. Ia menye diakan video tunjuk cara yang mudah diikuti, belajar CPR dan mengesan AED terdekat.

Berucap di acara mendekatkan program Dare kepada masyarakat di Hab Toa Payoh semalam, Encik Amrin berkata pelancaran aplikasi Dare melengkapkan inisiatif ‘SG Secure’ supaya bertindak dalam pelbagai keadaan kecemasan.


Menurutnya, sejak pelancaran Dare, lebih 75,000 rakyat Singapura telah mendapat faedah daripada latihan Dare.

Beliau berharap dapat menjangkau lebih ramai orang dan menggalakkan lebih ramai muat turun aplikasi dan ikuti latihan Dare supaya dapat bantu menyelamatkan nyawa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >