Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin ingati remaja maut dalam lif di Woodlands sebagai baik, penyayang

Jun 06, 2021 | 05:30 AM



MANTAN Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) dan Anggota Parlimen (AP) Encik Amrin Amin masih ingat lagi budi baik dan sifat penyayang yang ditonjolkan lelaki yang meninggal dunia akibat kelecuran teruk selepas terperangkap dalam lif dengan alat mobiliti peribadi (PMD) yang terbakar.



Menurutnya, lelaki 20 tahun itu pernah membantunya menghantar nasi beriani kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Woodlands semasa bulan Ramadan pada 2018 dan 2019.



"Saya sedih apabila terdengar tentang kematian tragik yang menimpa beliau.



"Arwah mengalami kelecuran teruk apabila PMD yang ditunggangnya terbakar dalam lif di Blok 537, Woodlands Drive 16 pada Khamis lalu," tulisnya di Facebook beliau.



Menurut Encik Amrin, beliau berasa sedih atas pemergian anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah dan melahirkan rasa simpati kepada ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan arwah.



Selain itu, AP GRC Sembawang, Encik Vikram Nair berkata beliau telah mengunjungi keluarga mangsa kelmarin sebaik mendengar tentang berita tersebut.



Menurutnya, Majlis Bandaran Sembawang sedang bekerja keras untuk membersihkan kawasan sekitar lif itu.



Beliau menambah kebenaran Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) telah diterima bagi satu lagi lif untuk terus berfungsi.



"Ia selamat digunakan meski bau asap masih ada. Kerja-kerja pembaikan bagi lif yang terjejas mungkin memakan masa kerana kerosakannya terlalu teruk," katanya.



Encik Vikram juga berkata dua keluarga yang ternampak mangsa keluar dari lif terus bergegas membantu dengan cuba mematikan api pada tubuhnya.



Pihak Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga dengan pantas membantu mematikan api dalam lif.



Menurut polis, mangsa dalam keadaan sedar apabila dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya. Siasatan awal polis mendapati tiada perbuatan nakal berlaku.



Semasa Berita Minggu (BM) ke sana kelmarin, BM telah menemui bapa Allahyarham tetapi beliau enggan bercakap dengan wartawan kerana terlalu sedih.



Namun seorang jiran memberitahu BH, mangsa seorang pekerja penghantaran makanan dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ke flatnya di tingkat sembilan apabila kebakaran berlaku.




"Ia selamat digunakan meski bau asap masih ada. Kerja-kerja pembaikan bagi lif yang terjejas mungkin memakan masa kerana kerosakannya terlalu teruk."
- Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair.




BUANG PMD TIDAK PENUHI PIAWAIAN KESELAMATAN UL2272



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengingatkan orang ramai bahawa alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak memenuhi piawaian keselamatan UL2272 atau telah dimodifikasi, boleh menimbulkan risiko kebakaran dan mengancam keselamatan.



SCDF juga menambah agar pemilik PMD sedemikian membuang alat mobiliti ke pusat-pusat pembuangan khas PMD jika memilikinya.



Dari sekarang hingga 30 Jun, orang ramai digesa membuang PMD mereka di lokasi pengutipan PMD khas dengan tiada kos dikenakan.



SCDF berkata siasatan awal bagi kes terkini di Woodlands menunjukkan kebakaran elektrik di dalam lif itu berpunca daripada sebuah PMD.



Pada 2019, seorang lelaki 40 tahun telah meninggal dunia selepas PMD miliknya terbakar sedang ia dicas di rumah.



Kebakaran berkaitan PMD merosot daripada 102 pada 2019 kepada 42 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >