Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin lawat Pusat Jejak Kontak di Kem Mandai; hargai kerja keras kakitangan

May 25, 2020 | 09:30 PM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, mengunjungi Pusat Jejak Kontak SAF di Kem Mandai Hill pagi tadi.



Lawatan itu sebagai memberi penghargaan kepada pasukan penjejak kontak yang bertugas semasa cuti Hari Raya Aidilfitri dan menyampaikan habuan makanan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka.



"Saya di Kem Mandai, Pusat Pengesanan Kontak Covid-19. Saya di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai barisan hadapan yang telah bekerja keras waktu ini. Ini saat-saat yang sangat penting semasa kita mengekang atau melawan Covid-19 ini. Saya juga di sini untuk menekankan kepentingan usaha ini.



"Usaha mereka untuk mengesan dan membendung Covid-19 ini adalah sangat penting kerana jika ada kes-kes yang disahkan mereka akan berhubung dan memastikan siapakah yang telah terjangkit ini. Jadi dengan itu kami dapat membendung atau memastikan penularan ini terkawal," ujarnya.



Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan kerjasama antara pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan.



"Ini satu hari raya yang sangat berbeza tetapi tidak kurang keistimewaannya. Dengan itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua terutama pegawai di barisan hadapan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >