Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Lebihkan gerak supaya hidup anda lebih gerek

Aug 28, 2017 | 05:30 AM



MENYIFATKAN kencing manis sebagai satu masalah kesihatan serius, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, menggesa setiap individu agar memainkan peranan dalam menjaga kesihatan dan mempertingkat gaya hidup mereka.



Ditemui Berita Harian baru-baru ini, Encik Amrin berkata menjaga kesihatan "bukanlah satu formula rahsia", sambil berulang kali menekankan pentingnya menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan keseimbangan dalam pemakanan serta rajin bersenam.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini berkata kencing manis merupakan satu masalah serius, bahkan satu krisis kesihatan bagi kaum Melayu dan India.



Satu daripada sembilan warga setempat menghidap kencing manis. Bagi golongan usia lebih 60 tahun, tiga daripada 10 warga dibelenggu penyakit itu.



Dalam kalangan kaum Cina, 2.5 daripada 10 orang berusia 60 tahun ke atas menghidap kencing manis; dalam kalangan Melayu, lima daripada 10; dan bagi kaum India, enam daripada 10 orang.



Encik Amrin berkata masalah ini harus dipandang serius, lebih-lebih lagi kerana jumlah orang Melayu yang merokok juga agak tinggi - iaitu 25 peratus.



"Ia sebenarnya bukanlah satu formula rahsia. Ia mengenai pencegahan, menjaga pemakanan, memastikan anda bersenam, menjalani pemeriksaan dengan kerap, menjauhi perkara seperti merokok dan mengurangkan air manis.



"Jadi, ia bukan satu rahsia besar. Malah, mengamalkan kesederhanaan adalah sebahagian daripada ajaran agama kita. Ia juga sebahagian daripada budaya kita. Dalam masakan kita, kita ada lauk bening dan ulam-ulam. Oleh itu, kita perlu kembalikan budaya ini," katanya.



Dalam usaha membantu dan menggalak masyarakat Melayu mengamalkan gaya hidup dan tabiat sihat, Encik Amrin berkata pelbagai daya usaha akan dipergiat dengan kerjasama pihak masyarakat, termasuk masjid, madrasah dan jawatankuasa eksekutif kegiatan Melayu (MAEC).



Antaranya, perbincangan kini sedang dijalankan bersama kelompok perkahwinan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi menyarankan idea menyediakan lebih banyak pilihan hidangan sihat pada majlis perkahwinan.



Namun begitu, Encik Amrin berkata perubahan dalam gaya hidup tidak semestinya perlu dilakukan secara mendadak.



Menurutnya, perubahan ke arah mengamalkan pemakanan sihat dan kehidupan lebih aktif harus dilakukan secara perlahan dengan mengambil langkah kecil supaya dapat mengecapi hasil yang bermakna.



"Ia mengenai memilih gaya kehidupan lebih sihat, dengan kita bukan melihat perubahan daripada 100 kepada sifar. Tetapi, ia mungkin boleh dikurangkan - daripada 100 kepada 90 ataupun 85.



"Ia adalah langkah kecil dan bertambah yang dapat membuat perubahan bermakna. Anda mahukan perubahan yang berkekalan, bukan perubahan yang hanya dapat bertahan selama dua minggu dan kemudian anda tidak dapat tahan," katanya.



Tambahnya lagi, kesihatan seseorang individu itu amat berharga sekali kerana tanpanya, ia boleh menjejas pelbagai aspek kehidupannya, seperti keupayaan mencari mata pencarian, melakukan kegiatan jasmani dan beribadah.



Memberi penekanan sekali lagi pada kepentingan menjaga kesihatan, Encik Amrin berkata:



"Kurangkan gula; kurangkan lemak; kurangkan atau kalau boleh, jangan merokok; lebihkan gelek, lebihkan gelak dan lebihkan gerak supaya hidup anda lebih gerek," katanya.




PENCEGAHAN KENCING MANIS



"Ia sebenarnya bukanlah satu formula rahsia. Ia mengenai pencegahan, menjaga pemakanan, memastikan anda bersenam, menjalani pemeriksaan dengan kerap, menjauhi perkara seperti merokok dan mengurangkan air manis... Malah, mengamalkan kesederhanaan adalah sebahagian daripada ajaran agama kita. Ia juga sebahagian daripada budaya kita. Dalam masakan kita, kita ada lauk bening dan ulam-ulam. Oleh itu, kita perlu kembalikan budaya ini."



PERUBAHAN BERKEKALAN



"Ia mengenai memilih gaya kehidupan lebih sihat, dengan kita bukan melihat perubahan daripada 100 kepada sifar... Ia merupakan langkah kecil dan bertambah yang dapat membuat perubahan bermakna. Anda mahukan perubahan yang berkekalan, bukan perubahan yang hanya dapat bertahan selama dua minggu dan kemudian anda tidak dapat tahan."



- Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >