Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Masyarakat Melayu wajar jaga kesihatan sebagai amalan

Nov 13, 2017 | 05:30 AM



MENJAGA kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat memang ditekankan dalam agama dan wajar dijadikan amalan masyarakat Melayu setempat.



Ini sebabnya inisiatif 'Sihat-Cergas, Persiapan ke Umrah' diperkenal sebagai persiapan awal bagi jemaah memastikan tahap kesihatan mereka, kata Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Sekitar 400 orang menyertai kegiatan itu yang pertama kali dianjurkan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) bersama syarikat TM Fouzy Travel & Tours di Masjid Darul Makmur semalam.



Di bawah inisiatif itu, jemaah berpeluang menjalani ujian kesihatan seperti memeriksa tekanan darah dan menjalani ujian darah di samping mempelajari cara melakukan senaman ringan.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Amrin berkata:



"Inisiatif ini adalah untuk menunjukkan bahawa memupuk gaya hidup sihat tidak bercanggah dengan agama dan budaya.



"Malah, ia sebati dengan kita. Ia proses berterusan dan kesihatan ditekankan dalam agama. Jadi, kita harus menghayati ajaran ini dan mengingatkan masyarakat kita supaya menjaga diri serta kesihatan."



Menurut Encik Amrin, program itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran jemaah tentang pentingnya kesihatan semasa menjalankan umrah agar mereka dapat beribadah dengan sempurna.



"Jika kita lihat, apabila bertawaf atau bersai semasa umrah nanti, ia memerlukan daya tenaga dan tahap kesihatan yang baik.



"Jadi, inisiatif ini adalah satu cara kami mendekati masyarakat dan mengajar mereka tentang pemakanan yang baik dan menjalankan senaman yang tidak begitu berat tetapi berkesan," terang beliau.



Tambahnya, inisiatif itu juga selaras dengan kempen menggalak kesihatan nasional yang ada sekarang, apatah lagi ramai anggota masyarakat Melayu menghidap penyakit kronik seperti kencing manis.



Sementara itu, Cik Saedah Md Said, 57 tahun, yang bakal melakukan umrah pada bulan depan, memberi sambutan baik terhadap inisiatif itu.



"Usaha ini akan memanfaatkan mereka yang tidak pernah menjalankan pemeriksaan kesihatan agar dapat menangani sebarang masalah sebelum berangkat nanti.



"Bagi saya, yang melakukan pemeriksaan setiap dua tahun, pemeriksaan kesihatan saya sebenarnya tahun depan, tetapi dengan adanya inisiatif ini, saya boleh mengetahui tahap kesihatan saya lebih awal.



"Ujian seperti tekanan darah amat penting kerana saya jangkakan nanti semasa umrah, pasti akan terdapat bermacam perasaan seperti risau dan ghairah," ujar ibu tiga anak itu.



Bagi Cik Julayla Abdul Jalil, 44 tahun, pula inisiatif itu satu peluang baik untuk memeriksa tahap kesihatannya memandangkan beliau sudah agak lama tidak menjalani pemeriksaan.



"Saya sedar bahawa umrah juga melibatkan banyak kegiatan seperti berjalan, jadi perlu ada persiapan fizikal dan ini akan membantu saya dan keluarga melakukannya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >