Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Masyarakat minoriti nikmati peluang saksama di bawah dasar PAP

ERVINA MOHD JAMIL
Sep 09, 2015 | 03:00 PM



MASYARAKAT minoriti Singapura dapat menikmati peluang saksama dengan masyarakat lain termasuk di sekolah dan di tempat kerja hasil dasar Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata muka baru PAP Amrin Amin.


Berucap di rapat pilihan raya di Raffles Place, dekat UOB Plaza tadi, Encik Amrin yang bertanding di GRC Sembawang berkata beliau akur lebih banyak usaha yang boleh dijalankan bagi memenuhi lebih banyak hasrat masyarakat.


Namun, beliau mengajak pengundi berfikir sama ada kebajikan masyarakat minoriti dapat terus terjamin dan aspirasinya dipenuhi dengan pasukan PAP yang lemah, pasukan yang sangat tertekan untuk memancing undi atau sistem dua atau tiga parti.


"Tentu sekali tidak. Keperluan masyarakat kita hanya dapat dijamin oleh pemerintah yang mempunyai mandat yang kuat dan yakin dengan sebuah parti yang inklusif dan ambil berat tentang hal ehwal negara dan masyarakat kita," ujarnya.


Encik Amrin berkata pengundi juga harus terus memberi mandat kepada PAP kerana parti itu adalah pasukan lebih baik kini dan mempunyai rancangan lebih baik bagi menjamin masa depan rakyat.


Rapat itu turut dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong serta calon-calon lain PAP yang bertanding di pilihan raya umum 11 September termasuk Menteri Pendidikan Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >