Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Pegawai polis trafik yang diheret kereta Maserati semakin pulih

Nov 24, 2017 | 03:01 PM



PEGAWAI polis trafik, Staf Sarjan Khairulanwar Abd Kahar, yang diheret sebuah kereta Maserati putih semakin pulih, kata Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Mengongsi di Facebook, Encik Amrin berkata beliau mengunjungi rumah Staf Sarjan Khairulanwar, 26 tahun, yang sedang berehat di rumah setelah keluar dari hospital.



Staf Sarjan Khairulanwar yang menjadi seorang pegawai polis trafik sejak empat tahun lalu, terdorong mengikuti jejak bapanya yang juga seorang pegawai polis trafik sejak 20 tahun lalu dan masih aktif bekerja.



"Pegawai Home Team kita meletakkan nyawa mereka di tempat yang boleh membahayakan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Dalam pemeriksaan penghadang jalan raya yang biasa dilakukan, keadaan boleh berubah menjadi buruk tidak kira masa dan tempat,'' kata Encik Amrin.



Dalam kejadian 17 November lalu, Staf Sarjan Khairulanwar mengarahkan pemandu kereta Maserati, Lee Cheng Yan, memberhentikan keretanya kerana mahu melakukan pemeriksaan penguatkuasaan di Bedok Reservoir Road.



Ketika beliau menghampirinya, Lee dikatakan mengundurkan kereta dan kemudian memecut ke arah pegawai itu dan melanggarnya.



Pegawai polis trafik itu bergayut pada pintu pemandu dan diheret sekitar 100 meter sebelum terjatuh di jalan raya.



Beliau mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Besar Changi untuk rawatan.



Selepas kemalangan tersebut, polis menangkap Lee di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Geylang Bahru Road. Polis berkata kereta Maserati itu ditemui ditinggalkan di Cedar Avenue di Upper Aljunied Road.



Lee didakwa tuduhan kerana terlibat dalam kemalangan kes langgar lari dan juga disiasat kerana kesalahan lain termasuk kegiatan berjudi dalam talian dan memberi pinjaman wang tanpa lesen.



Ketika ditangkap, dia juga didapati melakukan kesalahan kerana dilarang dari memandu selama sembilan bulan dari 4 Julai tahun ini hingga 3 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >