Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Penting belia diperkasa tentang bahaya radikalisme

Dec 01, 2019 | 05:30 AM



MEMPERKASA belia agar mereka dapat mendidik teman sebaya tentang bahaya menjadi radikal di dalam talian adalah penting dalam era digital pada masa ini, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Menurut beliau, belia yang boleh menggalas peranan sebegitu secara aktif dalam masyarakat boleh memperkukuh lagi perpaduan negara.



Encik Amrin berkata demikian semasa bertemu media di Politeknik Republic (RP) semalam, selepas beliau menghadiri dialog tertutup bersama 250 belia berbilang bangsa daripada lima politeknik setempat di sana.



Dianjurkan Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG), dialog itu merupakan sebahagian forum belia lebih besar yang bertemakan #Youth-nified: Guarding Against Radicalisation in the Digital Era (Melindungi daripada menjadi Radikal dalam Era Digital).



Forum itu meninjau bagaimana Internet boleh disalahguna untuk mempengaruhi belia agar menyokong pengganasaan selain membincangkan peranan belia melindungi diri daripada ideologi ganas.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam, turut hadir dalam sesi dialog itu.



Mengulas tentang dialog itu, Encik Amrin berkata beliau terharu dengan kepekaan yang ditunjukkan belia berhubung isu yang menjejas masyarakat.



"Kepekaan yang ditonjolkan belia menerusi soalan yang diajukan tentang bagaimana perkara yang berlaku di luar negara boleh menjejas masyarakat kita, menunjukkan bahawa mereka sedar tentang cabaran yang dihadapi negara.



"Mereka juga bersedia mengambil langkah yang lebih konkrit untuk menguatkan lagi perpaduan masyarakat kita," ujarnya.



Merujuk kepada serangan pengganas di London kelmarin, Encik Amrin menekankan tentang peri penting sikap tidak memandang ringan terhadap keharmonian agama dan kaum yang dinikmati hari ini.



"Sekiranya berlaku serangan, ia boleh merebak dengan cepat dan boleh menjejas asas dan kestabilan negara ini.



"Justeru, penting memastikan warga muda sedar akan kesan serangan sebegitu," katanya.



Menambah, Encik Amrin berkata latihan yang diadakan di Singapura, sama ada di sekolah, lapangan terbang, pusat beli-belah ataupun instituisi keagamaan merupakan satu cara memberi keyakinan kepada masyarakat bersiap siaga agar warga tahu bagaimana memberikan respons apabila serangan berlaku.



Dalam pada itu, satu dokumentari berjudul Cubs of the Caliphate turut dilancarkan di forum itu.



Dokumentari yang diterbitkan bersama oleh zamil pelawat Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Noor Huda Ismail, dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan ACG, itu bertujuan membincangkan topik menjadi radikal dengan lebih terbuka, kata Dr Noor Huda.



"Anak muda memang tertarik dengan media sosial dan dunia digital. Justeru dengan filem ini, kami berharap ia akan membuka mata dan minda mereka selain menyediakan wadah untuk membincangkan isu radikalisme dan pengganasan dengan lebih terbuka."



Seorang peserta forum Encik Rishan Chan, 17 tahun, berkata forum itu membuatnya menjadi lebih sedar bahawa masalah menjadi radikal bukan hanya tertumpu di Timur Tengah, malah ideologi radikal yang ganas mampu mempengaruhi individu di rantau ini.



"Belia senantiasa mencari makna dalam hidup, dan apabila sesuatu ideologi itu menarik bagi diri mereka, mudah bagi mereka terjebak.



"Oleh itu, belia perlu tahu bagaimana melindungi diri apabila terbaca bahan berkaitan ideologi ganas dalam media sosial," ujar Encik Chan, yang menuntut di RP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >