Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Pusat sehenti baru permudah proses bantuan bagi pesalah dadah, keluarga

May 14, 2019 | 11:06 PM



WALAU terdapat pelbagai program bantuan yang disediakan buat pesalah dadah dan keluarga mereka, program terbaru yang dilancarkan kelmarin menyediakan sokongan sehenti bagi kumpulan ini.



Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) membantu pesalah dan keluarga mereka mendapatkan sokongan secara holistik, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri, Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Ditemui di satu majlis berbuka puasa dengan pesalah dadah di Pusat Pemulihan dadah (DRC) pada Selasa (14 Mei), beliau berkata:



"Pusat sehenti ini menyeleraskan sokongan  dan merujuk pesalah kepada agensi yang berlainan... dan memastikan mereka mendapat sokongan dan tahap perlindungan mencukupi yang diperlukan."



Encik Amrin menambah bahawa pihak sebalik program itu telah meninjau faktor utama - keluarga, pekerjaan, masyarakat dan agama - yang dapat menolong dan mencegah seseorang bekas pesalah daripada mengulangi kesalahan lalu.



Sebelum majlis berbuka puasa itu, Encik Amrin telah mengadakan satu sesi dialog bersama 23 pesalah dadah DRC, yang mengongsi beberapa keprihatinan mereka.



Ini termasuk membina semula hubungan yang kukuh dengan keluarga mereka dan soal pekerjaan serta peningkatan kemahiran. 



Program Fitrah, satu inisiatif baru yang dibangunkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), akan memberi pertolongan bukan hanya kepada si pesalah, malah keluarga mereka, terutamanya anak-anak.



Ditempatkan di Masjid En-Naeem di Hougang, program Fitrah itu adalah usaha kerjasama tiga pertubuhan utama yang membentu pergerakan M Kuasa Tiga (M3) – Muis, Mendaki dan Mesra – bersama Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) dan Khidmat Penjara Singapura (SPS).



Bulan lalu, seramai 30 relawan daripada Masjid Al-Mukminin, Masjid Assyakirin dan Masjid Maarof, dan juga Mendaki serta badan akar umbi, telah menjalani latihan Projek Masyarakat Reben Kuning sebagai sebahagian usaha program Fitrah itu.



Encik Amrin berkata beliau gembira para pesalah dalam sesi dialog itu ingin menyertai program Fitrah tersebut.



Beliau turut mengalu-alukan lebih ramai relawan daripada masyarakat, terutamanya golongan lelaki memandangkan ramai pesalah merupakan lelaki, agar tampil ke depan untuk mendamping dan membantu pesalah supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan pangkuan masyarakat.



"Marilah kita sama-sama memberi sokongan, memberi mereka galakan supaya mereka dapat terus rasa yang mereka dihargai dan dicintai keluarga dan masyarakat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >