Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amtas: GSA boleh tawar pakej umrah, tapi usah minta deposit

Gesa pendekatan berhati-hati memandangkan keadaan Covid-19 di peringkat global masih tidak menentu
Mar 17, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) berkata pihaknya tidak menghalang agensi pelancongan untuk merancang bagi perjalanan umrah dan mula menawarkan pakej bagi jemaah.



Namun pada masa yang sama, ia menasihati ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) agar mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan keadaan Covid-19 secara global masih tidak menentu.



"Kami menjangkakan perjalanan umrah mungkin dapat dilakukan hujung tahun ini.



"Justeru, kami tidak akan menghalang mana-mana GSA yang ingin membuat perancangan keberangkatan selepas suku ketiga tahun ini," ujar Timbalan Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan, semasa menjawab pertanyaan Berita Harian.



Walaupun begitu, Ustaz Jalaluddin berkata Amtas menasihati GSA agar jangan menerima bayaran pendahuluan, selain bayaran pentadbiran tidak melebihi $100, daripada jemaah sehingga keadaan kelihatan jelas selamat bagi keberangkatan jemaah.



"Keadaan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi sudah semakin rendah. Ini adalah satu trend yang baik dan harapan kami semua ialah industri umrah boleh bergerak semula sebelum akhir tahun ini," tambah beliau.



Ustaz Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah syarikat Shahidah Travel menawarkan semula tempahan bagi pakej umrah buat jemaah setempat.



Ketua Pegawai Eksekutif Shahidah Group of Companies, Encik Ayoob Angullia, baru-baru ini dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook Syukran.com berkata beliau menjangkakan keberangkatan umrah boleh dilangsungkan mulai Oktober.



Laman web milik syarikatnya Shahidah Travel juga telah mula menerima tempahan bagi keberangkatan seawal 6 Oktober.



Dihubungi Berita Harian, Encik Ayoob menerangkan keputusannya menawarkan pakej umrah kerana beliau menjangkakan menjelang suku ketiga tahun ini, ramai warga dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun sudah pun menerima vaksinasi Covid-19.



Di samping itu, beliau turut mengambil kira keupayaan Arab Saudi yang telah pun memberi kebenaran kepada 2.6 juta jemaah mengerjakan ibadah umrah di tengah-tengah pandemik sekarang dan sekitar 2 juta penduduknya yang telah divaksinasi sejauh ini.



"Yang penting, jemaah harus membuat persiapan awal termasuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 dari sekarang kalau boleh dan membuat persiapan dari segi mental bagi menyesuaikan diri dengan norma baru," ujarnya.



Dalam pada itu, Encik Ayoob juga berkata syarikatnya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi untuk antara lain mengusulkan travel bubble atau perjalanan aturan khas bagi jemaah.



Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, berkata mereka juga sedang bekerja rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan mengenai kemungkinan membenarkan perjalanan ke Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >