Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amtas: Had umur 18-50 tahun bagi jemaah umrah ditetapkan bagi visa umrah sahaja, jemaah S'pura masih boleh gunakan visa ziarah

Nov 22, 2021 | 10:10 PM



PERSATUAN Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) menyatakan had umur antara 18 hingga 50 tahun yang ditetapkan kepada jemaah umrah asing yang melaksanakan ibadah umrah di Arab Saudi hanya bagi mereka yang menggunakan visa umrah.



Jemaah Singapura masih boleh mempunyai pilihan menggunakan visa ziarah, atau Tourist Visa Arab Saudi yang tidak terjejas dengan peraturan itu.



Demikian dinyatakan Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, ketika menjawab pertanyaan Berita Harian pada Isnin (22 November) menyusuli laporan berkaitan had umur itu yang disiarkan akhbar Gulf News baru-baru ini.



Laporan itu yang memetik kenyataan Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi, menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi menetapkan permit bagi umrah untuk jemaah warga asing dihadkan kepada golongan berusia antara 18 dengan 50 tahun sahaja.



Ustaz TM Fouzy menambah jemaah Singapura usah khuatir terhadap peraturan itu kerana Singapura merupakan antara negara yang ditawar pilihan menjalankan umrah menerusi visa ziarah.



Ini selain keperluan setiap jemaah warga asing yang juga diwajibkan mengambil suntikan lengkap vaksin Covid-19 yang diiktiraf Arab Saudi.



Ustaz Fouzy berkata peraturan had umur hanya bagi jemaah yang akan mengerjakan umrah menerusi visa umrah.



"Bagi negara-negara yang gunakan visa umrah, mereka tertakluk kepada apa yang telah diputuskan dalam laporan tersebut.



"Tetapi, sekiranya visa tourist atau ziarah yang mana jumlah negaranya (yang diizin menempah visa itu) sangat terhad,  termasuk Singapura, visa ini tidak ada had umur melainkan dengan syarat sudah divaksinasi sepenuhnya yang diiktiraf (kerajaan Arab Saudi), serta memenuhi syarat-syarat lain untuk mendapatkan visa itu di bawah pengurusan pihak agensi masing-masing," kata Ustaz TM Fouzy



Ustaz Fouzy berkata jemaah Singapura usah bimbang terhadap perkara ini kerana Singapura termasuk negara yang dibenarkan menggunakan visa ziarah itu.



"Jadi dengan itu InsyaAllah jemaah Singapura dapat melakukan umrah tanpa had umur dengan visa itu selagi mereka memenuhi syarat vaksinasi itu," tambahnya lagi.



Pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Jalaluddin Hassan menyatakan keberangkatan umrah bagi jemaah umrahnya masih berjalan lancar.



Shahidah Travel & Tours, Hamidah Travel & Tours dan Sha Travel & Tours menyatakan mereka belum menerima sebarang kenyataan rasmi dari pihak Arab Saudi.



Akhbar ini telah melaporkan sebelum ini bahawa antara perbezaan visa umrah dan visa ziarah adalah, jemaah yang memegang visa umrah dijamin sekurang-kurangnya satu slot mengerjakan ibadah umrah di Masjidil Haram di Makkah dan slot ziarah nabi dan ziarah ke Raudah di Masjid Nabawi di Madinah.



Mereka yang memegang visa ziarah, perlu membuat tempahan permit menjalankan ibadah-ibadah itu sendiri menerusi aplikasi kesihatan yang disediakan Kerajaan Arab Saudi.



Jemaah selain memenuhi syarat-syarat visa turut perlu mengemukakan sijil vaksinasi yang disahkan secara rasmi untuk mendapatkan visa kemasukan elektronik melalui aplikasi kesihatan Eatmarna yang digunakan untuk menempah slot ibadah dan aplikasi Tawakkalna untuk menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan masuk tempat-tempat tertentu.



Kerajaan Arab Saudi, sejak Ogos lalu telah membuka sempadannya kepada jemaah warga asing yang sudah divaksinasi sepenuhnya untuk menjalankan umrah di kota-kota suci Madinah dan Makkah.



Ia turut telah melonggarkan beberapa sekatan termasuk membolehkan jemaah bersolat secara berjemaah tanpa jarak selamat namun mereka tetap perlu memakai pelitup di dalam masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >