Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amy Khor: 120,000 fail Generasi Merdeka sudah dihantar

Jul 07, 2019 | 04:15 PM



SEBANYAK 120,000 fail Generasi Merdeka (MG) telah dihantarkan kepada warga Singapura yang layak Khamis lalu, menurut Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor hari ini. 


Proses tersebut telah bermula sejak 28 Jun lalu dengan sasaran untuk menghantar sebanyak 400,000 fail melalui pos hujung bulan ini, katanya. 


“Kami tahu golongan MG tidak sabar untuk mendapat fail tersebut secepat mungkin tetapi kami berharap mereka dapat bersabar. Kami kini sedang berusaha dan bekerja keras dengan penerbit, syarikat dan juga SingPost untuk menghantar fail anda secepat mungkin,” kata Dr Khor, yang merupakan pengerusi bersama Kumpulan Kerja Penglibatan dan Perhubungan Generasi Merdeka.


 Beliau menambah terdapat sistem yang menjejak penghantaran supaya fail yang tidak dapat dihantar boleh dihantar semula selepas alamat baru diberikan. 


Demikian yang dikongsi dengan media semasa acara makan tengah hari yang diadakan untuk meraikan sumbangan sukarelawan wanita MG, anjuran Majlis Rangkaian Integrasi Wanita Persatuan Rakyat (PA). 


Fail-fail tersebut mengandungi kad MG dan senarai klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berdekatan rumah penerima. Selain itu, lebih 80,000 fail telah diagihkan melalui acara masyarakat. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >