Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Amy Khor: Premium cermin risiko berbeza antara jantina

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



MENGENAKAN premium yang berbeza bagi lelaki dan wanita bagi CareShield Hayat mencerminkan perbezaan risiko antara dua jantina itu secara lebih tepat dan menjadikan skim itu lebih mapan, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor.



Dr Khor berkata walaupun CareShield Hayat bersifat inklusif, adalah penting bagi skim itu kekal adil dan mapan.



Beberapa Anggota Parlimen, termasuk Dr Chia Shi-Lu (GRC Tanjong Pagar), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied), dan Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson), telah menyoalkan mengapa premium bagi CareShield Life berbeza bagi kaum lelaki dan wanita.



Premium, yang dibayar menerusi MediSave, bermula pada kadar $206 setahun bagi lelaki dan $253 setahun bagi wanita pada usia 30 tahun.



Menjelas lebih lanjut, Dr Khor berkata wanita dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dan oleh itu, lebih kemungkinan mengalami kurang upaya teruk yang lebih lama.



"Jawatankuasa Semakan telah membincangkan topik ini secara meluas dan ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat," kata beliau.



Mengongsi statistik, Dr Khor berkata pada 2017, jangkaan hayat purata semasa kelahiran bagi wanita ialah 85.2 tahun berbanding 80.7 tahun bagi lelaki.



Satu dalam dua warga Singapura pada usia 65 tahun dijangka mengalami kurang upaya yang teruk pada hujung hayat mereka.



Jika dibahagikan mengikut jantina, seramai tiga dalam lima wanita yang sihat pada usia 65 tahun dijangka mengalami kurang upaya yang teruk - lebih ramai berbanding dua dalam lima lelaki yang sihat pada usia 65 tahun.



Berdasarkan satu tinjauan ke atas golongan warga Singapura lebih berusia pada 2009 dan dari 2011 hingga 2012, penyelidik menganggarkan wanita berusia 60 tahun dijangka menghabiskan masa 7.8 tahun memerlukan bantuan bagi salah satu kegiatan harian asas - seperti keupayaan untuk makan sendiri, memakai baju sendiri dan menggunakan tandas - berbanding 2.6 tahun bagi lelaki berusia 60 tahun.



Dr Khor berkata meskipun kadar premium berbeza bagi lelaki dan wanita, jawatankuasa semakan menekankan keperluan menyediakan sokongan premium kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.



Beliau berkata subsidi premium bagi skim itu telah melalui ujian upaya - iaitu mengukur pendapatan seseorang bagi memutuskan sama ada individu layak menerima bantuan - dengan jumlah sokongan berdasarkan sebahagian peratusan premium.



Ini bermakna wanita yang berpendapatan rendah dan pertengahan akan menerima jumlah subsidi pemerintah lebih besar berbanding lelaki dalam kohort usia mereka dengan tahap pendapatan yang sama, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >