MULAKAN gaya hidup sihat dengan mengorak langkah kecil seperti bersenam secara lebih kerap, menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang masalah kesihatan lebih awal dan memantau pemakanan.
Itulah teras acara di Kelab Masyarakat Hong Kah North semalam, di mana penduduk menyertai Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor dalam sesi senaman dan tunjuk cara memasak.