Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak bawah 5 tahun lebih terdedah kesan teruk Covid-19 daripada anak lebih tua: Janil Puthucheary

Aug 01, 2022 | 05:32 PM



KANAK-kanak di bawah usia lima tahun lebih terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan besar kemungkinan mengalami kesan penyakit teruk berbanding kanak-kanak lebih tua, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Dr Janil Puthucheary, di Parlimen pada Isnin (1 Aug).



Beliau berkata, kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah golongan terakhir di Singapura yang tidak dilindungi menerusi vaksin, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang membuat persiapan untuk memulakan pemvaksinan bagi mereka menjelang suku keempat tahun ini.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyemak maklumat yang disediakan oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna berkenaan vaksin bagi golongan usia itu, tambah Dr Janil.



Beliau berkata, kejadian kesan teruk daripada jangkitan Covid-19, secara keseluruhan, kekal rendah dalam golongan kanak-kanak berbanding warga emas.



"Kanak-kanak yang memerlukan perhatian perubatan harus mendapatkan rawatan oleh seorang doktor perubatan umum (GP) atau di poliklinik jika kurang sihat," kata Dr Janil, menjawab pertanyaan oleh beberapa Ahli Parlimen berkenaan rawatan Covid-19 dan rancangan pemvaksinan bagi kanak-kanak.



Dr Janil berkata beliau terkesan dan rasa sedih terhadap kematian dua anak muda akibat Covid-19 sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.



Beliau menjelaskan data menunjukkan subvarian Omicron, BA.4 dan BA.5 menjejas kanak-kanak dengan lebih teruk berbanding varian terdahulu, dan kesan jangkitan teruk kekal menjadi satu perkara yang jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang sudah divaksinasi.



Dr Janil juga menambah, bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos ketiga vaksin mRNA mungkin diperlukan pada suatu masa nanti untuk memastikan paras perlindungan mereka daripada Covid-19 kekal tinggi.



MOH sedang membuat persiapan untuk melancarkan dos vaksin penggalak bagi golongan usia itu dalam tempoh dua bulan, kata Dr Janil.



Beliau berkata, sekarang, kanak-kanak yang mempunyai sakit pernafasan akut diperiksa menerusi ujian pantas antigen atau ujian rantaian polimerase, dan mereka yang di bawah usia tiga bulan dimasukkan ke dalam hospital secara dasar manakala kanak-kanak lebih tua di bawah Program Pemulihan Dari Rumah, dirujuk oleh doktor menerusi kaedah rawatan secara asing, atau telemedicine, disediakan pada bila-bila masa.



"Hospital kami terus memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang mempunyai keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian cemas dan mereka yang memerlukan pemantauan atau rawatan lanjut akan dimasukkan ke dalam hospital," kata Dr Janil, sambil menambah ubat antiviral Covid-19 yang diluluskan di bawah di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) khusus bagi pesakit berusia 18 tahun dan ke atas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >