Anak boleh tiru kelakuan ganas bapa
BARU-BARU ini seorang penduduk tampil mendapatkan bantuan daripada Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Profesor Madya Faishal Ibrahim, untuk mengadu berlaku keganasan dalam keluarganya.
Wanita tersebut mengadu suaminya pernah mendera anaknya tetapi beliau tidak bersuara atau bertindak. Kini anak itu sudah dewasa, dia pula meniru kelakuan bapanya dan mendera anaknya sendiri. Mujur wanita tersebut bertekad mahu menghentikan kitaran keganasan dalam keluarganya lalu tampil mendapatkan bantuan. Dengan bantuan yang diberikan, Dr Faishal berkata terdapat kesan positif dalam keluarga tersebut.