SEDANG ramai remaja yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N' tahun ini lebih giat mengulang kaji pelajaran mereka, pada Mac lalu Amirul Bahry Sabar bersedih meratapi pemergian ibunya yang meninggal dunia akibat barah buah dada.
"Susah nak beri tumpuan dalam kelas selepas ibu meninggal dunia dan saya mula berdiam diri," kata Amirul Bahry, 16 tahun, yang dikatakan paling rapat dengan ibunya dalam kalangan adik-beradiknya.