PROGRAM PEMBANGUNAN PEMIMPIN SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Anak buka hati ibu ceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak
Seramai 138 guru prasekolah telah dilantik menjalani program pembangunan profesional (PDP) di bawah pentadbiran Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA). Program ini membolehkan guru prasekolah memperkasa diri mereka dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Laporan FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg).
May 16, 2016 | 05:30 AM
MELIHAT anaknya belajar di tadika merupakan detik yang membuat Cik Norida Saleh, 53 tahun, sedar bahawa beliau meminati bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau ingin mengetahui apa yang dipelajari anaknya, Muhd Amirul Johari, yang ketika itu berumur enam tahun, di sekolahnya di tadika Yayasan Masyarakat PAP (PCF).