Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak dan bapa setiap seorang dipenjara 6 bulan kerana serang penunggang basikal sampai patah gigi, retak tulang muka

Dec 28, 2021 | 05:28 PM



SEORANG lelaki dan bapanya menumbuk seorang penunggang basikal yang terlanggar si anak. Akibat serangan itu, penunggang basikal berkenaan mengalami beberapa keretakan tulang mukanya dan tanggal empat batang giginya.



Jasmi Abu Kasim dan bapanya, Abu Kasim Abdullah, bersama-sama menyerang Encik Azman Mahmat, 48 tahun, pada 7 April tahun lalu.



Pada Isnin (27 Disember), dua penyerang itu setiap seorang dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah sengaja mencederakan mangsa.



Abu Kasim, 65 tahun, juga diarahkan membayar ganti rugi hampir $970 kepada Encik Azman.



Mahkamah diberitahu Jasmi, 39 tahun, menyerang penunggang basikal itu ketika berada dalam perintah peringanan hukuman.



Awal daripada itu, Jasmi dibebaskan daripada penjara lebih awal pada 2018 dan sebagai sebahagian perintah itu, dia sepatutnya menjauhkan diri daripada melakukan kesalahan mulai 24 Oktober tahun itu hingga 12 Jun tahun lalu.



Kerana melanggar perintah itu apabila menyerang Encik Azman, Jasmi diarahkan untuk dipenjara lagi 12 hari.



Tidak lama sebelum serangan, Encik Azman sedang berbasikal di laluan pejalan kaki di Jalan Masjid berhampiran Changi Road sekitar 4.30 petang pada 7 April tahun lalu apabila beliau terlanggar Jasmi.



Mahkamah diberitahu Jasmi pada awalnya tidak mempedulikan penunggang basikal itu.



Bagaimanapun, Encik Azman menghampirkan basikalnya ke arah Jasmi untuk bersembang sebelum satu pertengkaran berlaku antara dua lelaki itu.



Abu Kasim yang berhampiran kemudian berjalan ke arah Encik Azman dan menumbuk belakang kepalanya sekali sehinggakan beliau terjatuh dari basikalnya.



Ketika Encik Azman terbaring di bawah, pasangan anak dan bapa itu mula memberi tumbukan bertubi-tubi sehingga seorang pejalan kaki masuk campur.



Polis kemudian diberitahu mengenai perkara itu. Encik Azman digegaskan ke Hospital Besar Changi di mana beliau dirawat selama dua hari.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Pearly Ang menggesa mahkamah pada Isnin untuk menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga lapan bulan kepada setiap penyerang.



Menegaskan bahawa kehilangan gigi itu buat selama-lamanya, DPP Ang menambah: "Mangsa tidak bersikap kasar sehingga terjadinya satu ancaman."



Anak beranak itu kini diikat jamin $15,000 seorang dengan mereka akan memulakan hukuman pada 24 Januari.



Kerana sengaja menyebabkan kecederaan, seorang pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda atau disebat.



Abu Kasim bagaimanapun tidak boleh disebat kerana usianya melepasi 50 tahun.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >