Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak dari keluarga yang pindah kembali ke SG boleh mohon masuk sekolah setempat

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



ANAK-ANAK dalam keluarga yang berpindah kembali ke Singapura boleh memohon untuk memasuki sekolah setempat mulai hari ini.



Pelajar yang mahu menyertai sekolah menengah, maktab rendah atau Institut Millennia bagi tahun akademik 2022 boleh mendaftar melalui Penempatan Sekolah Bagi Warga Singapura Yang Pulang (Spers), kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.



Permohonan akan dibuka bagi mereka yang ingin memasuki Menengah 1 hingga 3 dan Pra-Universiti tahun 1.



Pelajar rata-rata tidak diterima masuk ke Menengah 4 dan Pra-Universiti 2 kerana ia adalah tahun peperiksaan kebangsaan, kata MOE.



Pelajar yang kembali ke Singapura perlu menduduki satu set ujian untuk menerima pilihan sekolah mereka.



Ujian akan diadakan pada 21 September untuk mereka yang mendaftar ke sekolah menengah, dan pada 11 November untuk mereka yang mendaftar ke maktab rendah dan Institut Millennia.



Pelajar-pelajar ini akan menerima pilihan sekolah mereka daripada MOE pada Disember.



Bagi pelajar yang tidak dapat melakukan ujian pada tarikh tersebut, MOE akan menjalankan satu lagi ujian pada Disember - yang dipanggil Latihan Penempatan Tambahan.



Permohonan untuk ujian pusingan kedua akan dibuka pada Oktober.



Pelajar-pelajar ini akan menerima keputusan penempatan sekolah mereka pada Februari depan.



Pelajar dinasihatkan agar membuat permohonan bagi ujian pusingan pertama supaya mereka dapat memulakan tahun akademik 2022 dengan kohort sekolah baru mereka pada Januari, kata MOE.



Pelajar juga mempunyai pilihan untuk memintas proses ujian dengan mendaftar di sekolah berhampiran rumah mereka.



Di bawah perkhidmatan Penempatan Sekolah Terjamin MOE, pelajar yang kembali dijamin kemasukan ke sekolah dengan tempat kosong dekat rumah mereka.



Bagaimanapun, sekolah boleh membuat penilaian dan/atau temu duga mereka sendiri, kata MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >