Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak hargai sumbangan ayah dalam NS

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



SEBAGAI tanda penghargaan serta mengiktiraf sumbangan kaum bapa dalam menjalani perkhidmatan negara (NS), seramai 8,500 kanak-kanak prasekolah akan menghias kad penghargaan dan diberikan kepada bapa mereka.



Ini merupakan sebahagian daripada kurikulum prasekolah baru yang diadakan sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang jatuh pada 1 Julai ini.



Kurikulum untuk kanak-kanak prasekolah ini juga adalah sebahagian daripada siri inisiatif 'Kami Berterima Kasih kepada anggota NS (NSmen)' yang diperkenalkan oleh Safra dengan kerjasama pelbagai pihak dan rakan kongsi korporat bagi menghargai anggota kerahan negara tahun ini.



Sebanyak 100 pusat prasekolah dari serata Singapura akan menyertai acara seni 'Appreciating NSmen Art Jam' (Menghargai NSmen Art Jam) bermula minggu depan.



Acara anjuran Safra dan Persatuan Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Perkhidmatan Latihan (Assets) itu bertujuan meningkatkan penghargaan terhadap peranan penting yang dipikul NSmen, terutama dalam kalangan kanak-kanak.



Hadir sebagai tetamu terhormat di sesi pertama 'art jam' yang diadakan di SAFRA Jurong NurtureStars Preschool semalam ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) dan Presiden Safra, Dr Mohamad Maliki Osman.



Dr Maliki, berkata: "Kami tahu bahawa antara sebab mengapa anggota NSmen kami berkhidmat kepada negara adalah kerana mahu menyediakan persekitaran yang stabil dan selamat untuk anak-anak mereka membesar di Singapura.



"Kami dapat melihat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dan satu contoh yang dapat kita saksikan hari ini adalah kanak-kanak di NurtureStars Preschool melaksana peranan dengan mengucapkan terima kasih kepada bapa mereka.



"Ini adalah masanya untuk kita kongsikan dan mengajar mereka bahawa bapa mereka tidak hanya keluar bekerja untuk mencari nafkah, bahkan apabila mereka mengenakan seragam NS, mereka ingin memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin dengan melindungi negara kita".



Dalam membantu mengeratkan lagi perhubungan antara NSmen dengan keluarga mereka selain mengongsi pengalaman NS, beberapa acara menarik dan menyeronokkan akan disediakan di Safra Jurong hingga Ahad ini.




"Ini adalah masanya untuk kita kongsikan dan mengajar mereka bahawa bapa mereka tidak hanya keluar bekerja untuk mencari nafkah, bahkan apabila mereka mengenakan seragam NS, mereka ingin memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin dengan melindungi negara kita."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) dan Presiden Safra, Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >