Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak ikut jejak bapa kerja di Kedutaan AS

Bapa sudah 25 tahun bertugas di pejabat Khidmat Komersial Amerika
Jul 10, 2021 | 05:30 AM



BAK rumah keduanya, tempat kerja Encik Arsad Samadi di Kedutaan Amerika Syarikat penuh kenangan manis.



Beliaulah antara individu yang membantu membina bangunan kedutaan itu di Napier Road pada 1992.



Ketika itu, beliau bekerja sebagai pekerja utusan dengan sebuah syarikat binaan. Encik Arsad menyokong operasi, mengendalikan permit, mendapatkan pelbagai alat bagi kumpulan yang bekerja di tapak binaan, dan berhubung dengan syarikat lain.



Beberapa tahun setelah bangunan kedutaan itu selesai dibina, beliau mendapat tahu tentang kerja kosong dalam pejabat Khidmat Komersial Amerika dan memohon bagi pekerjaan itu.



Sudah 25 tahun Encik Arsad, 64 tahun, bekerja dengan mereka sebagai pemandu dan kerani yang terlibat dalam tugas seperti mendirikan pameran perdagangan, memandu pengunjung kenamaan, dan bekerja rapat dengan ketua khidmat komersial.



Encik Arsad menceritakan bahawa sebelum bekerja di Kedutaan Amerika, beliau pernah bekerja dengan beberapa syarikat Amerika lain sebelum ini dan apa yang membuat beliau tertarik bekerja dengan mereka adalah pemikiran terbuka mereka.



"Apabila saya campur dengan mereka, saya dapat rasakan fikiran terbuka mereka, dan apabila saya bekerjasama dengan mereka, mereka dapat menerima apa saja saranan dan pendapat yang saya berikan," kata beliau.



Kini, turut membina kerjaya di 'rumah kedua' Encik Arsad itu ialah anaknya sendiri, Encik Ashrul, 32 tahun, yang bekerja sebagai kerani di bilik mel kedutaan itu sejak Ogos 2019.



Encik Ashrul diberitahu tentang kerja kosong di kedutaan itu oleh bapanya.



Sebagai kerani, tugas beliau antara lain adalah untuk mengambil surat diplomatik dan barangan yang dikirimkan dari Amerika di lapangan terbang, dan mengatur dan menyimpannya di bilik mel bagi kakitangan mendapatkan surat atau barangan mereka kemudian.



Encik Ashrul berkata walaupun beliau dan bapanya bekerja di bawah satu bumbung, mereka sebenarnya jarang bertemu dan berbual kerana sibuk dengan tugas masing-masing.



"Saya memang rapat dengan bapa saya... tetapi di tempat kerja, hubungan kami lebih kepada hubungan profesional," katanya tertawa, sambil menambah mereka kadangkala keluar makan tengah hari bersama.



Menceritakan antara kenangan manis bekerja di kedutaan itu, kedua-dua bapa dan anak itu berkata mereka seakan mengalami kejutan budaya pada mulanya.



Misalnya, di kedutaan itu, mereka meraikan pelbagai perayaan yang disambut di Amerika, seperti Halloween, di samping perayaan setempat.



Malah, sebelum ini, Encik Ashrul telah membawa keluarganya ke kedutaan itu semasa sambutan Halloween dan anak perempuannya, Aryana, memakai kostum ikan duyung.



Encik Ashrul juga digelar sebagai 'Santa Claus' di tempat kerjanya kerana beliaulah individu yang akan memberikan 'hadiah' kiriman surat dan barangan kepada kakitangan di sana.



"Waktu perayaan Krismas paling sibuk sekali. Ramai kakitangan yang menanti-nantikan untuk datang ke bilik mel. Mereka katakan ini waktu yang terbaik dalam hari itu kerana mereka dapat datang ke bilik mel untuk mengambil pakej mereka," kata beliau.



Bagi Encik Arsad pula, beliau masih lagi mengingati ketika beliau menjadi pemandu kepada beberapa orang kenamaan, termasuk setiausaha perdagangan Amerika.



"Saya pernah menjadi pemandu kepada Setiausaha Perdagangan William M Daley (menyandang jawatan itu dari 1997 hingga 2000). Waktu itu beliau berada di Singapura untuk satu lawatan. Encik Norman Mineta (menyandang jawatan dari 2000 hingga 2001) dan Encik Gary Locke (menyandang jawatan dari 2009 hingga 2011) juga pernah datang ke sini," kata beliau.



Setelah sekian lama berkhidmat di kedutaan itu, Encik Arsad berkata beliau merancang bersara dalam masa tiga tahun lagi.



"Saya mungkin akan jaga cucu selepas bersara dan mungkin cari pekerjaan lebih ringan yang tak buat saya rasa begitu tertekan," kata beliau.



Encik Ashrul pula berkata beliau tentu sekali akan berasa ada sesuatu yang hilang apabila bapanya bersara kelak, namun menambah mungkin kerjaya di kedutaan Amerika itu boleh menjadi satu perkara turun-temurun bagi keluarganya.



"Mana tahu, satu hari nanti mungkin anak saya pula akan ikut jejak langkah saya bekerja di kedutaan ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >