Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Hanya panggilan video peluang 'bertemu' anak isteri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ANAK ISTERI DI TAMPOI, JOHOR

Hanya panggilan video peluang 'bertemu' anak isteri

Jan 10, 2021 | 05:30 AM

APABILA mendapat tahu kerajaan Malaysia akan menutup sempadannya pada Mac tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dijalankan, Encik Sahlan Sali, 37 tahun, menjangkakan ia akan mengambil masa hanya dua minggu. Tetapi apabila pemerintah Singapura menjalankan tempoh pemutus litar pula, harapan untuk bertemu keluarga semakin menipis.

"Semasa PKP diumumkan kerajaan Malaysia, kami menjangkakan ia akan dijalankan selama dua minggu sahaja. Namun, ia kemudian dipanjangkan. Jadi, saya dan rakan senegara lain berfikir situasi ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih," kata Encik Sahlan.

Rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan tempatan itu memutuskan untuk menetap di negara ini sementara menunggu perintah kawalan itu tamat. Walaupun keputusan yang diambil agak berat, namun tanggungjawab terhadap keluarga harus digalas.

Kini, sudah sembilan bulan beliau tidak berjumpa keluarganya. Isteri beliau, Nor Eriani, seorang suri rumah, menetap di Tampoi, Johor, bersama empat orang anak mereka yang berusia di antara dua hingga sebelas tahun.

Sebelum sempadan antara Singapura dengan Malaysia ditutup, Encik Sahlan, yang berasal dari Kuala Lumpur, berulang-alik setiap hari menaiki pengangkutan awam. Kini, beliau tinggal di sebuah flat HDB di Marsiling yang disediakan majikannya, bersama beberapa pekerja Malaysia yang lain. Setiap pagi, mereka dijemput oleh sebuah lori syarikat untuk memulakan tugasan.

Sejak menetap di Singapura, Encik Sahlan tidak pernah terlepas untuk membuat panggilan video dengan keluarganya selepas selesai waktu kerja. "Melalui panggilan video ini sahajalah saya boleh melihat perkembangan anak-anak saya," katanya.

"Saya dapat lihat anak bongsu saya yang belum boleh bercakap tahun lalu sekarang akan memanggil 'abah, abah' setiap kali saya membuat panggilan," tambahnya lagi.

Perasaan bapa mana yang tidak sedih apabila harus berjauhan dari keluarga. Katanya ini, pertama kali beliau meninggalkan keluarga lebih dari empat hari.

"Sebelum ini, paling lama saya meninggalkan keluar sekadar tiga hingga empat hari. Sekarang sudah hampir setahun tidak berjumpa mereka," kata beliau.

Ini juga pertama kali beliau harus berjauhan dari keluarga semasa musim perayaan. Namun, perasaan sedih dapat diubati sedikit kerana beliau dapat menyambut Hari Raya bersama teman-teman lain yang berada di dalam situasi sama.

"Kami tetap memakai baju Raya, dan dapat merasa hidangan Hari Raya yang disediakan oleh penyelia kami."

Tambahnya lagi:

"Alhamdulillah selama saya berada di sini, tiada perkara serius yang berlaku ke atas keluarga saya."

Beliau juga amat tersentuh kerana mendapat bantuan bukan sahaja dari majikannya, malah dari penduduk Singapura yang berhati mulia. Sejak menetap di sini, beliau dan rakan-rakan senegaranya yang lain telah banyak menerima bantuan dari segi makanan dan barang-barang keperluan asas untuk mengurangkan kos perbelanjaan mereka sewaktu di sini.

Ditanya tentang prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan yang sedang dibincang antara Malaysia dengan Singapura untuk membolehkan orang ramai melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan, beliau menjawab ini satu berita yang baik dan bersyukur jika perbincangan ini disahkan.

Ini kerana ibu beliau yang berusia 70 tahun berada di dalam keadaan uzur dan perlu menjalani rawatan dialisis.

Walaupun begitu, beliau berharap dapat terus bekerja di Singapura.

"Saya perlu menanggung bukan sahaja isteri dan anak-anak, tetapi ibu bapa juga. Ini adalah sebab utama saya masih bekerja di sini, dan saya harus bertahan untuk kesenangan keluarga," kata Encik Sahlan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3