Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak isytihar ibu meninggal dunia, cuba tuntut bayaran insurans $3.7 juta

Apr 12, 2019 | 04:30 PM



 





PERCUBAAN seorang warga Singapura untuk menipu syarikat insurans dan menuntut lebih $3.7 juta atas kematian ibunya gagal, selepas ibunya itu didapati masih hidup.



Abraham Rock, 35 tahun, semalam, dihadapkan dengan 11 tuduhan di mahkamah, termasuk terlibat dalam komplot untuk menipu, memberikan maklumat palsu, membuat kenyataan pengisytiharaan palsu dan memberikan bukti palsu.



Ibunya, Talat Farman, 53 tahun, turut hadir di mahkamah. Dia berasal dari Pakistan, tetapi telah menerima kewarganegaraan Singapura. Dia menghadapi lima tuduhan.



Rock telah mengisytiharkan ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pakistan dan  menuntut bayaran insurans dari Great Eastern Life Assurance, MSIG Insurance, AXA Insurance dan NTUC Income.



Dia berjaya mendapat bayaran $49,000 daripada NTUC menerusi Skim Perlindungan Keluarga (DPS) dan lagi $80,331.23 daripada akaun Tabung Simpanan Pekerja milik ibunya.



Namun syarikat insurans yang lain mengesan beberapa perkara yang mencurigakan dalam dokumen yang diserahkan Rock dalam tuntutannya dan menyiasat lebih lanjut.



Mereka dapati tiada sebarang bukti ibu Rock telah meninggal dunia dan sijil kematiannya adalah palsu.



AXA Insurance membuat laporan polis pada 13 November, dan selang seminggu Jabatan Siasatan Komersial (CAD) menangkap Rock.



Kes ini akan didengar lagi di mahkamah pada 10 Mei.



Hukuman maksimum bagi bersubahat untuk menipu ialah penjara 10 tahun dan pesalah boleh dikenakan denda. Jika didapati bersalah memberikan kenyataan pengisytiharaan palsu, pasangan ibu dan anak itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



Sesiapa yang memberikan maklumat palsu boleh dipenjarakan sehingga setahun, didenda $5,000 atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >