NADYA Amani Kamisan begitu ghairah memulakan persekolahan di sekolah barunya sehingga asyik bertanya 'bila nak masuk sekolah?' Meskipun masih cuti Disember.
Pada awalnya Nadya kelihatan agak gementar menjejakkan kaki di Sekolah Rendah Tampines North semasa Hari Orientasinya November lalu, tetapi Nadya, enam tahun, kini lebih tenang dan ghairah dengan "sekolah besar"nya itu serta rakan-rakan barunya.