Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Anak lahir sihat tiba-tiba dilanda sakit jarang dialami

Pasangan tunggu lima tahun sebelum isteri hamil hasil proses IVF
Jan 25, 2023 | 05:30 AM



SETELAH lima tahun menanti untuk menimang seorang cahaya mata, Cik Noraini Abdul Majid dan suaminya, Encik Mohamed Kamal Ibrahim, amat gembira apabila diberitahu bahawa Cik Noraini mengandung anak kembar.



Ia hasil proses persenyawaan in vitro (IVF) yang dilalui Cik Noraini, 35 tahun.



Namun, pasangan itu terpaksa menerima hakikat bahawa satu daripada kandungan Cik Noraini meninggal dunia akibat keguguran.



Kegembiraan menerima orang baru dalam hidup mereka, yang sudah lama didambakan, tercapai jua apabila Cik Noraini melahirkan anak mereka, yang mereka namakan Mohamed Syakir Nasruddinq.



Bagaimanapun, anak yang dilahirkan sempurna dan sihat itu tiba-tiba asyik menangis tanpa henti dan berat badannya yang sihat susut agak mendadak.



Pemeriksaan doktor kemudian mendapati Syakir menghadapi sejenis penyakit yang jarang dialami budak sebayanya - Sindrom William.



Ia adalah gangguan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam pembangunan kognitif dan kesukaran dalam pembelajaran serta menjejas penampilan fizikal.



Penghidap sindrom ini juga mengalami kesukaran melaku melakukan tugasan seperti melukis dan membuat teka-teki, tetapi cekap dalam muzik dan pembelajaran menggunakan teknik mengulang.



Mereka juga mempunyai personaliti ramah dan minat mendalam terhadap diri orang lain.



"Memang teramat sedih kerana saya tidak mengalami sebarang masalah semasa mengandung. Macam tak percaya.



Di depan doktor juga saya menangis tak henti," singkap Cik Noraini, seorang suri rumah.



Encik Kamal, 50 tahun, bekerja sebagai teknisyen kawalan serangga.



Cik Noraini juga masih ingat doktor tersebut memujuknya dengan menyatakan bahawa wajah anaknya tetap comel dan seperti biasa.



Meskipun hancur luluh hatinya, Cik Noraini tetap cekalkan hati dan, seperti ibu lain, berusaha sedaya upaya memastikan yang terbaik buat anaknya.



Atas nasihat doktor, Syakir dimasukkan ke sekolah berkeperluan khas Awwa Early Intervention Centre di Hougang pada usianya enam bulan.



Ini kerana sedang bayi lain sebayanya sudah boleh duduk atau merangkak, Syakir mengalami kesukaran melakukan itu semua.



Apabila Syakir mencapai umur tadika, Cik Noraini memindahkan anaknya itu ke prasekolah SparkleTots, yang menerima kanak-kanak berkeperluan khas.



Bagaimanapun, apabila dia berusia enam tahun, minda dan perilakunya seakan budak berumur empat tahun. Kini, Syakir berusia tujuh tahun.



Cik Noraini dinasihatkan supaya memasukkan anaknya ke sekolah berkeperluan khas yang dapat menyokong proses pembelajarannya dengan lebih baik.



Sekarang Syakir ditempatkan di Sekolah Awwa di Lorong Napiri di Hougang.



Selain menghadapi masalah dalam pembelajaran, Syakir juga perlu menjalani beberapa pembedahan untuk membantunya dalam beberapa masalah perubatan yang dialaminya, termasuk kehilangan pendengaran dan kebocoran pada hatinya.



"Syakir juga tidak boleh makan terlalu banyak keju atau aiskrim atau apa jua makanan mengandungi kalsium, kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada ginjalnya," ujar Cik Noraini.



Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Mohamed Syahir Syarafuddinq, sekarang enam tahun, yang dikandung Cik Noraini melalui proses IVF juga.



Menurut Cik Noraini, semasa proses IVF pertama, hanya dua daripada empat embrionya digunakan.



Oleh itu menyimpan serta membekukan baki dua embrio itu agak mahal, Cik Noraini cuba mengandung lagi menggunakan dua embrio itu. Hanya satu sahaja berhasil.



Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam membesarkan seorang anak berkeperluan khas, Cik Noraini menganggapnya sebagai satu dugaan dan juga peluang untuk beliau meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Sindrom William.



Beliau telah menubuhkan akaun Facebook 'Syakir William Syndrome' untuk mengongsi perjalanan hidup anaknya itu.



"Saya akan terus menggagahkan diri demi anak syurga saya ini. Allah swt memilih saya dan suami kerana Dia tahu mungkin kami kuat untuk menghadapi segala-galanya.



"Insya-Allah anak syurga ini akan memimpin kami ke syurga nanti, amin," kata Cik Noraini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >