Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak lelaki pendayung S'pura sahkan kematiannya

Aug 15, 2019 | 08:34 AM



ANAK lelaki Cik Puah Geok Tin- salah seorang pendayung Singapura yang hilang di perairan Endau Mersing Khamis lalu- mengesahkan kematiannya pagi tadi. 


Dalam satu pos di Facebook, Encik Louis Pang, 24 tahun, menulis: “Ibu, ibu telah melalui kehidupan yang hebat. Ibu telah melakukan apa yang ibu suka hingga ke detik akhir. Berehatlah dengan tenang. Saya sayang ibu.


“Kini ibu bebas untuk melakukan apa-apa. Saya berjanji untuk bawa ibu pulang dengan selamat bersama saya.” Tulisnya dalam pos yang disertakan dengan gambar keluarga. 


Adiknya, Ranie turut berkongsi pos tersebut dan berkata: “Saya sayang ibu, dan sentiasa akan menyayangi.” 


Semalam, pegawai Malaysia mengesahkan bahawa mayat seorang wanita yang memakai jaket keselamatan dijumpai di perairan Terengganu.


Keluarga Cik Puah, 57 tahun, diminta mengesahkan mayat tersebut. 


Seorang nelayan ternampak mayat tersebut sekitar 12.55 petang semalam di Kemaman, Terengganu, menurut papan tanda di pusat mencari dan menyelamat di Mersing di mana keluarga serta anggota media berada. 


Nelayan tersebut kemudian memberitahu  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kemaman. Pihak berkuasa tempatan kemudian memberitahu konsulat Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >