DARIPADA memendam rasa marah terhadap remaja yang menyebabkan ibunya terlantar di hospital, Encik Jasman Abdul Aziz kini hanya ingin menumpukan perhatian kepada ibunya supaya cepat sembuh.
Ibunya, Cik Mahani Abdullah, 67 tahun, terlantar di Hospital Besar Singapura (SGH) sejak Jumaat lalu selepas tayar basikal yang dilontar dari atas blok mengenainya.