Anak muda 'dipadankan' dalam acara sukarelawan
Jul 06, 2015 | 05:30 AM
TIDAK mempunyai kenderaan tidak menghalang sukarelawan muda tampil menyingsing lengan dan membantu mengagihkan habuan kepada golongan yang memerlukan, Ramadan ini.
Semasa berlangsungnya acara amal tahunan Ramadan - Ramadan Charity Basket - anjuran SimplyIslam, kelihatan ramai anak muda yang sedang menunggu diri mereka 'dipadankan' dengan sukarelawan lain yang mempunyai pengangkutan.