Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak panda celik buat pertama kali

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



ANAK beruang panda yang dilahirkan di Singapura mencapai satu lagi detik penting - ia telah membuka matanya pada 22 September lalu buat kali pertama.



Pada usia 40 hari, anak beruang panda itu terus membesar dan kini berat badannya mencecah 1.87 kilogram, naik hampir 370 gram dari minggu sebelumnya.



Demikian didedahkan Wildlife Reserves Singapore (WRS) dalam kenyataannya semalam.



Anak beruang panda itu merupakan anak kepada Kai Kai dan Jia Jia, beruang panda yang dipinjamkan kepada Singapura oleh China pada 2012, dan kini menetap di River Safari.



Masih belum dinamakan, anak beruang panda itu dilahirkan pada 14 Ogos lalu.



Ia akan diberi nama sebelum usianya mencecah 100 hari pada 21 November nanti.



Cadangan bagi nama anak beruang panda itu telah ditutup pada 19 September lalu dan nama yang disenarai pendek akan diberitahu kelak bagi pengundian orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >