Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak panda lahir di S'pura buat penampilan pertama

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



LE LE, anak beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura (gambar atas), membuat penampilan pertamanya semalam di ruang bermuka kaca baru , di Giant Panda Forest di River Wonders.



Duta China ke Singapura, Encik Hong Xiaoyong, yang telah ke Singapura, bersama Timbalan Pengerusi Mandai Park Holdings, Encik Tan Chuan-Jin, adalah antara pengunjung pertama pada pelancaran tapak semaian anak beruang panda itu.



Le Le berusia 139 hari semalam.



Dinding ruang itu diwarnakan hijau pastel yang menenangkan dengan ilustrasi buluh.



Terdapat juga pelbagai jenis mainan yang disediakan serta lantai 'astro turf', atau rumput tiruan, supaya Le Le dapat mengembangkan kemahiran motornya.



Menurut Mandai Wildlife Group, Lele telah diperkenalkan kepada 'astro turf' sejak Oktober lalu supaya dapat menyesuaikan dengan teksturnya.



Ini juga dapat membantu dalam proses penyamaan semasa tapak semaian dibina.



Selain itu, orang ramai telah mula mengunjung Le Le semalam pada 3 petang selama 45 minit.



Pengunjung ke River Wonders, yang sebelum ini dikenali sebagai River Safari, dapat menyaksikan anak panda itu bermain, belajar berjalan atau tidur.



Orang boleh melihat anak beruang panda itu dua kali sehari pada sekitar 10.30 pagi dan 3.30 petang.



Setiap sesi lawatan akan berlangsung selama 20 hingga 30 minit, kata Mandai Wildlife Group.



Le Le dilahirkan pada 14 Ogos - anak sulung kepada beruang panda gergasi, Kai Kai dan Jia Jia, sejak ketibaan mereka di Singapura pada 2012 yang dipinjam dari Chengdu, China.



Berat badan anak beruang itu dianggarkan hanya 200 gram semasa lahir. Hingga kelmarin, berat badan Le Le kini 9.62 kilogram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >