Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak pemandu Bentley dalam insiden Sekolah Red Swastika didenda kerana tukar plat kereta

Feb 23, 2023 | 08:01 PM



SEORANG lelaki yang menukar nombor plat kereta Bentley yang dipandu ayahnya dalam sebuah nahas melibatkan seorang pengawal keselamatan diancam didenda $2,600 pada Khamis.


Glynn Neo Jia, 28 tahun, juga diharam memandu selama 12 bulan. Dia mengaku bersalah memasang nombor plat kereta lain pada kereta Bentley itu, lapor The Straits Times.


Glynn Neo juga mengaku bersalah mengizinkan ayahnya menggunakan kereta itu tanpa perlindungan insurans.



Ayahnya, Neo Hong Chye, mengancam seorang pengawal keselamatan berusia 62 tahun di luar Sekolah Red Swastika di Bedok North dalam satu kejadian pada Januari 2022.



Neo, 61 tahun, dipenjara lapan minggu pada Oktober 2022 selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan melalui perbuatan terburu-buru.



Dia juga didenda $600 kerana memandu kereta tanpa perlindungan insurans dan diharam memandu semua kelas kenderaan selama 12 bulan.



Sebuah video kejadian itu tular di media sosial.



Pendakwa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Darren Toh, berkata ketika siasatan perbuatan terburu-buru Neo, LTA mendapati nombor pendaftaran Bentley itu sebenarnya bagi sebuah kereta BMW yang pendaftarannya tamat pada Mei 2021.



Encik Toh berkata satu permohonan dikemuka untuk mengekalkan nombor pendaftaran itu dan ia diluluskan.



Namun, tiada permohonan bagi nombor plat tersebut dipindah dan digunakan untuk kereta Bentley itu, yang dimiliki syarikat jual kereta Neo Times.



Glynn Neo, pengarah tunggal syarikat itu, membeli kereta Bentley itu pada Disember 2021 dan menukar nombor platnya bagi satu sesi foto.



Pada 11 Januari 2022, ayahnya mengambil kunci kereta itu dan menggunakannya untuk menghantar cucunya ke Sekolah Red Swastika.



Di luar sekolah itu, seorang pengawal keselamatan menghalang Neo memandu masuk namun dia mara hingga menyebabkan pengawal itu hampir terjatuh.



Encik Toh berkata perlindungan insurans kereta Bentley itu meliputi penggunaannya bagi tujuan perdagangan kenderaan, termasuk pandu uji, tetapi bukan untuk penggunaan privet.



Tambahan pula, Neo bukan pemandu terdaftar dalam polisi insurans itu ketika kejadian.



Semasa mitigasi, peguam Glynn Neo, Cik Ng Kai Ling, berkata anak guamnya tidak tahu ayahnya mengambil kunci kereta itu.



Beliau juga berkata Glynn Neo tidak menukar nombor plat kereta itu dengan tujuan menipu atau menggunakan kenderaan itu.



Dia hanya ingin mengambil gambar kereta itu untuk menjualnya sebab nombor lesen asal kereta itu tidak “semenarik” nombor plat gantian itu.



Bagi kesalahan menukar nombor plat kereta itu, Glynn Neo boleh dikenakan denda hingga $5,000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-dua hukuman.



Mengizinkan sesebuah kenderaan digunakan oleh orang lain tanpa perlindungan insurans boleh membawa hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda hingga $1,000 atau kedua-dua hukuman, selain larangan memandu selama 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >