Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Anak perempuan 739' sertai SPF untuk bantu masyarakat lebih baik, berkesan

SPF
Dec 13, 2020 | 05:30 AM



BERSERAGAM biru sudah mengalir dalam darah daging beliau.



Dibesarkan dalam keluarga pegawai polis, tidak hairan Pegawai Pemerintah di Pusat Polis Kejiranan Queenstown Superintenden Norliza Hussin turut mengikut jejak yang sama.



Malah, apabila beliau menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 2005 dan ditugaskan sebagai Pegawai Siasatan di Divisyen Polis Ang Mo Kio, Supt Norliza dikenali sebagai "anak perempuan 739".



Bapa Supt Norliza, Encik Hussin Abu, berkhidmat di divisyen polis yang sama sejak 1978 sebelum bersara pada 1997.



"Pada hari pertama masuk kerja, saya dikenali sebagai anak perempuan 739. 739 adalah nombor servis bapa saya. Rakan sekerja mengenali saya sebagai anak Hussin," ujar Supt Norliza, 41 tahun, anggota kelima dan satu-satunya wanita dalam keluarganya bergelar pegawai polis.



Bapa, datuk dan dua pak ciknya juga telah berkhidmat untuk SPF.



Setelah beberapa tahun bertugas di sebuah kementerian, Supt Norliza bertukar angin menyertai SPF kerana "sedar saya bersedia membantu masyarakat dengan lebih baik, lebih berkesan".



"Dan saya melihatnya menerusi mata bapa saya, bagaimana beliau bangga dan berpuas hati melaksanakan tugasnya. Itu yang mendorong saya mencuba," tambah Supt Norliza, anak sulung dua beradik.



Encik Hussin, 68 tahun, dan isterinya tidak menghalang keinginan anak perempuan mereka.



Bahkan, dengan pengalaman 22 tahunnya berkhidmat untuk SPF sejak 1975, Encik Hussin memahami nilai-nilai baik yang dapat dipupuk menggalas tugas seorang pegawai polis.



"Ia mengajar tentang disiplin dan kerja keras, " kongsi Encik Hussin, yang ketika bersara daripada SPF seorang detektif berpangkat sarjan.



"Berendah diri dan asalkan anda tidak makan rasuah. Itulah sifat penting yang perlu didukung seorang pegawai polis."



Pasangan bapa dan anak ini merupakan antara pegawai polis berkhidmat, sukarelawan dan pegawai bersara yang menanam lima pokok Merbatu di Empress Place Khamis lalu.



Untuk menandakan ulang tahun ke-200 polis di Singapura, SPF berikrar menanam 200 pokok dalam menyokong gerakan Satu Juta Pokok melalui kebajikan berdaftar, Lembaga Taman Negara (NParks) program Tanam Pokok Dana Taman Bandar.



Dalam kenyataannya, SPF berkata Empress Place dipilih bagi acara penanaman pokok itu kerana ia "menjejaki kembali asal usul SPF di Sungai Singapura dan di mana terletaknya Pejabat Polis yang dibina khas".



Turut hadir menanam pokok di acara itu ialah Pesuruhjaya Polis, Encik Hoong Wee Teck, dan Ketua Pegawai Eksekutif NParks, Encik Kenneth Er.



Encik Hoong berkata: "Ia sangat sesuai untuk memperingati ulang tahun ke-200 dengan menanam pokok. Pokok menyediakan teduh, kuat dan bertahan lama. Menanam pokok melambang penghormatan kepada masa lalu dengan menetapkan asal usul (putting down the roots) sementara melindungi masa depan dengan pertumbuhan. Kami akan terus berkhidmat untuk Singapura dan warga Singapura seperti mana yang telah kami lakukan selama 200 tahun lalu."



Baki 195 pokok akan ditanam di tepi laluan jalan raya di kawasan Empress Place hingga ke Taman Fort Canning sepanjang tahun depan.



Dalam pada itu, pegawai polis masa lalu dan sekarang telah mengumpul dana lebih $500,000 untuk Dana Masyarakat dalam tahun dwiabad ini.



Dana tersebut tidak termasuk yang dikumpul melalui Share, program memberi bulanan Dana Masyarakat yang disokong SPF sejak 1988.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >