PENDEDAHAN awal dalam bahasa Melayu pada peringkat prasekolah - iaitu seawal nursery - penting demi membolehkan kanak-kanak membina asas yang kukuh bagi pembelajaran dwibahasa, kata penerima Anugerah Guru Prasekolah Bahasa Ibunda Cemerlang tahun lalu, Cik Norhaizahwati Mohd Said.
Cik Norhaizahwati, yang sudah 22 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kini bertugas sebagai guru kanan Bahasa Melayu K2 di Sparkletots Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (PCF) di Bukit Panjang, menyaksikan sendiri bagaimana sesetengah murid berasa gerun apabila perlu belajar bahasa ibunda.