MELIHAT keadaan ayahnya, Encik Abdul Malek Rafiee, yang menderita penyakit ginjal selama 16 tahun, Cik Sri Nurwani tidak sampai hati bahkan akur dirinya perlu berjimat dalam perbelanjaan harian.
Lantaran itu, apabila menerima dermasiswa bernilai $250 daripada Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) semalam, beliau langsung menyerahkannya kepada ibu bapanya bagi membiaya keperluan mereka.