Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak wanita yang mati di TTSH saman hospital, 3 doktor

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



ANAK lelaki kepada seorang wanita berusia 74 tahun yang mati tiga minggu selepas serangan jantung semasa beliau dimasukkan ke hospital di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), telah menyaman hospital dan tiga doktor, untuk ganti rugi $800,000.



Cik Tan Yaw Lan, yang mempunyai masalah perubatan termasuk kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang, mengalami serangan jantung semasa beliau mandi - dibantu oleh jururawat yang sedang menjalani latihan amali - pada 23 April 2018.



Menurut laporan The Straits Times, beliau mengalami kerosakan otak berikutan serangan jantung dan dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau meninggal dunia pada 13 Mei 2018.



Pada 2019, anak lelakinya Chia Soo Kiang, 47 tahun, seorang kakitangan pemerintah bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), menyaman TTSH dan tiga doktor kerana kecuaian dan mendakwa beberapa pelanggaran kewajipan penjagaan mereka.



Pelanggaran yang dikatakan termasuk penahanan ubat sedia ada untuk penyakit jantung dan kencing manis Cik Tan, kegagalan merujuknya kepada pakar yang sesuai, dan membenarkan orang yang tidak terlatih dari segi perubatan mengendalikannya.



Perbicaraan terhadap saman itu dibuka di Mahkamah Tinggi semalam.



Seramai 30 saksi, termasuk pakar perubatan, bersedia untuk memberi keterangan - enam untuk Encik Chia dan 24 untuk TTSH dan doktor.



Peguam Encik Chia, Encik Clarence Lun, berkata dalam kenyataan pembukaannya:



"Walaupun sejarah perubatan si mati diketahui oleh defendan, defendan telah bertindak dengan cara yang tidak berperasaan terhadap orang yang berisiko tinggi dan terdedah, malah sehingga membenarkan seorang jururawat yang sedang menjalani latihan amali dan tidak terlatih untuk merawatnya, yang mengakibatkan beliau rebah dan kelewatan dalam bertindak balas terhadap kecemasan."



TTSH dan doktor - Dr Dorai Raj D. Appadorai, Dr Lee Wei Sheng dan Dr Ranjana Acharaya - diwakili oleh Cik Mar Seow Hwei.



Mereka berpendapat bahawa semua aspek rawatan dan pengurusan pesakit adalah sesuai dan memenuhi mutu penjagaan yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >