Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA

Demi lancar urus jemaah, sambut baik sistem tempahan solat diterus

NORMAN SAWI

May 02, 2022 | 05:30 AM



SISTEM tempahan bagi slot solat di masjid dan peruntukan mengadakan berbilang sesi solat jemaah di masjid-masjid setempat mungkin antara hikmah yang lahir daripada pandemik Covid-19 ini.



Justeru, saya menganggap langkah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengekalkan sistem tersebut sebagai satu perkembangan yang baik dalam arena keagamaan masyarakat kita.



Tentunya, sistem ini tidak sempurna. Mungkin ada sebahagian pihak yang masih ingat bagaimana ia menjadi tidak stabil, terutama di hari-hari awal pelaksanaannya, apabila terlalu ramai orang cuba membuat tempahan secara serentak.



Namun, kegenjotan itu nampaknya telah diperbaiki dan sistem telah diperhalusi buat masa ini.



Malah, saya jangka tanpa sistem tempahan ini, mungkin lebih sukar bagi pihak berkuasa untuk membolehkan penduduk di sini kembali mendirikan solat berjemaah di masjid di tengah-tengah pandemik itu. Namun, hanya sekitar tiga bulan selepas masjid di tutup pada 13 Mac 2020, penduduk di sini telah dibenarkan kembali ke masjid secara berperingkat mulai Jun pada tahun yang sama.



Pada 26 Jun 2020, masjid-masjid di sini kembali bergema dengan suara kolektif jemaah yang mendirikan solat Jumaat bersama buat kali pertama dalam pandemik.



Bilangan jemaah yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat di masjid pada ketika itu terhad - 50 orang sahaja.



Namun, 'ujian' bagi solat berjemaah secara selamat itu membuka laluan bagi masyarakat Melayu/Islam kembali ke masjid dan menjalani kegiatan seperti biasa.



Kini, lebih 200,000 slot solat jemaah ditawarkan pada 1 Syawal, kebanyakannya bagi slot yang berdaftar. Sekitar 80 peratus slot ini diambil dalam tempoh lima jam pertama tempahan dibuka, mencadangkan permintaan yang hebat dalam kalangan masyarakat Melayu /Islam.



Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berkata pandemik ini telah mengajar kita bahawa keadaan boleh berubah dengan amat cepat dan peri pentingnya memahami konteks dan bersikap fleksibel dalam menyesuaikan diri. Pandemik ini juga telah menjadi bak pemangkin bagi pendigitalan, kata beliau, apabila diminta mengulas mengenai manfaat sistem tempahan slot solat.



"Dari sudut ini, saya senang hati kami mengekalkan sistem tempahan itu dan pada masa yang sama membenarkan sedikit kelonggaran," ujar Dr Wan Rizal, yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif di Masjid Al-Islah di Punggol.



Kelonggaran yang dimaksudkannya itu adalah peruntukan di mana jemaah tidak perlu membuat tempahan slot solat di dalam talian bagi sesi kedua solat Jumaat. Bagi solat Hari Raya Aidilfitri pula, jemaah tidak perlu membuat tempahan bagi sesi solat ketiga.



"Secara keseluruhan, ini membenarkan masjid menguruskan ruang, logistik dan penggunaan tenaga relawan. Selain staf dan relawan masjid yang telah menyesuaikan diri dengan baik kepada pelbagai keadaan semasa pandemik, jemaah juga telah menyesuaikan diri dengan sistem yang dilaksanakan," kata Dr Wan Rizal



Menambah, Dr Wan Rizal, yang bertugas sebagai pensyarah kanan jabatan sains sukan dan senaman di Politeknik Republic, berkata pelajar dan pekerja juga kini mempunyai pilihan menyertai sesi solat yang lebih sesuai dengan jadual masing-masing.



Satu kekurangan dalam sistem tempahan slot solat dalam talian ini mungkin adalah ia berpotensi meminggirkan jemaah yang kurang mesra IT, atau mempunyai cabaran lain untuk menggunakan alat digital.



Namun, dari satu sudut lain pula, Dr Wan Rizal cabaran ini juga menampil peluang peluang untuk merapat jurang antara golongan ini dengan teknologi.



Beliau memberi contoh Bengkel Jom Surf yang di Kolam Ayer dengan kerjasama Pejabat Digital Singapura (SDO) dan Masjid Hj Mohd Salleh yang diadakan pada awal tahun ini.



Menurut Dr Wan Rizal, selain belajar cara-cara menggunakan e-mel, dan membuat panggilan video, peserta Melayu /Islam juga diajar membuat tempahan bagi solat Jumaat.



Mungkin adalah terlalu idealistik untuk mengharapkan jurang dapat dirapat dalam masa singkat, tetapi bagi saya, langkah pertama ini adalah penting untuk membuka lebih banyak peluang merapat jurang sedemikian.



Nah, bukankah ini juga hikmah yang tidak dijangka yang lahir dari pandemik? Selamat Hari Raya Aidilfitri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >