Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ancaman bom palsu di Sekolah Menengah Evergreen: Remaja lelaki bantu siasatan

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja lelaki sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan selepas satu ancaman bom yang dilaporkan di Sekolah Menengah Evergreen pagi semalam didapati palsu.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata kakitangan sekolah yang terletak di Woodlands itu memaklumkan kepada polis awal pagi semalam tentang satu ancaman bom yang dibuat terhadap sekolah itu.



"Polis segera bertindak dan menjalankan pemeriksaan teliti di kawasan sekolah tersebut.



"Polis telah selesai menjalankan pemeriksaan keselamatan mereka dan menentukan bahawa ia satu ancaman palsu," ujarnya.



Tambahnya, kakitangan dan pelajar sekolah itu kekal tenang dan mengikut protokol seperti yang dirancang.



Kesemua pelajar yang sudah berada di sekolah juga telah diambil kira sepenuhnya dan mereka diminta pulang ke rumah.



Sementara itu, ibu bapa turut dimaklumkan menerusi aplikasi Parents Gateway agar tidak menghantar anak mereka ke sekolah.



"Guru juga sedang memeriksa dengan pelajar mereka tentang kesejahteraan mereka sementara kaunselor sekolah bersiap sedia membantu mana-mana pelajar jika perlu," kata Encik Chan.



Tambahnya, beliau berasa senang semua pelajar dan kakitangan selamat.



Encik Chan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis ke atas respons segera mereka.



"Keselamatan pelajar dan kakitangan kami adalah paling utama, dan Kementerian Pendidikan (MOE) tidak akan menerima sebarang ancaman atau tindakan yang membahayakan sekolah kita.



"Bersama polis, kami akan mengambil tindakan yang diperlukan terhadap sesiapa yang menyebabkan orang awam berasa cemas," ujarnya.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang dakwaan ancaman bom di sekolah itu, yang terletak di 11 Woodlands Street 83, sekitar 7.40 pagi semalam.



Polis tidak menemui sebarang alat ancaman selepas selesai menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi tersebut.



Tambahnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 8(1) Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah Anti Pengganasan) 2001.



"Seorang remaja lelaki sedang membantu dengan siasatan.



"Polis menganggap semua ancaman keselamatan dengan serius dan akan menyiasat mereka yang sengaja menyebabkan orang awam berasa cemas," kata jurucakap polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >