Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PENILAIAN ANCAMAN PENGGANASAN 2022

Ancaman fahaman pelampau sayap kanan kian menonjol

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



ANCAMAN fahaman pelampau sayap kanan (FRE) merupakan satu bahaya semakin menonjol bagi Singapura dan ia boleh didorong lagi oleh konflik global, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam laporan penilaian ancaman pengganasan Singapura yang dikeluarkan semalam.



Malah, jenis fahaman pelampau itu telah membayangi ancaman pengganasan Islam di beberapa negara Barat, kata jabatan itu.



Dalam laporan penilaian ancaman pengganasan itu, ISD memberi contoh dua kes tembakan di Amerika pada Mei lalu dan Ogos 2019, di mana kedua-dua pelakunya telah mendapat inspirasi dari Brenton Tarrant, iaitu individu dipengaruhi ideologi ketuanan kulit putih yang membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac 2019.



Tarrant telah menerbitkan manifestonya dalam talian sebelum melakukan serangan tersebut dan telah menyiarkan secara langsung sebahagian serangannya di Facebook.



Dia juga telah memberi inspirasi kepada individu pertama di Singapura yang terpengaruh dengan ideologi ekstremisme sayap kanan melalui radikalisasi sendiri.



Individu itu, seorang pelajar berusia 16 tahun, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2020 kerana merancang menyerang jemaah di dua masjid di sini sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch itu.



Belia itu - yang paling muda ditahan di bawah ISA - telah menonton siaran langsung serangan Tarrant dan membaca manifestonya.



"Kumpulan FRE diketahui mendakap budaya permainan, dan menggunakan permainan tembakan dalam talian sebagai saluran untuk pengrekrutan.



"Dengan cara ini, naratif FRE telah merentas sempadan dan membangunkan daya tarikan dalam kalangan belia," kata ISD.



ISD juga berkata konflik Russia-Ukraine boleh menjadi titik perhimpunan bagi mereka yang mendakap fahaman pelampau tersebut, sambil berkata individu sedemikian telah menunjukkan minat dalam konflik tersebut sejak pengilhakan Crimea oleh Russia pada 2014.



Serangan tentera Russia ke atas Ukraine pada Februari lalu telah meningkatkan minat dalam masyarakat fahaman pelampau sayap kanan dalam talian, di mana perbincangan kelihatan dikuasai naratif pro-Ukraine.



Sekitar 20,000 sukarelawan - kemungkinan termasuk kumpulan fahaman pelampau sayap kanan - dilaporkan telah memberi respons kepada undangan Ukraine untuk menyertai legion antarabangsanya, tambah ISD.



"Beberapa negara Barat juga telah menyumbang banyak senjata bagi pertahanan Ukraine.



"Pejuang asing yang sejajar dengan FRE dan bertambahnya lebihan senjata kemungkinan akan menjadi hasil sampingan sebuah konflik berpanjangan di Ukraine," kata jabatan itu.



ISD berkata perkembangan di luar negara boleh menjejas landskap keselamatan Singapura, dan kumpulan ekstremis boleh mengeksploit konflik sedemikian dan menggunakan ketidakpuasan hati untuk mempromosi naratif radikal mereka dan mengrekrut penyokong.



"Adalah penting untuk mengekalkan pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk ucapan kebencian dan retorik ekstremis," kata mereka.




"Kumpulan FRE diketahui mendakap budaya permainan, dan menggunakan permainan tembakan dalam talian sebagai saluran untuk pengrekrutan.

Dengan cara ini, naratif FRE telah merentas sempadan dan membangunkan daya tarikan dalam kalangan belia.

Adalah penting untuk mengekalkan pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk ucapan kebencian dan retorik ekstremis."

- ISD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >