Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAHAT TAHUNAN RRG 2022

Ancaman pengganas akan tetap wujud, usaha bendung harus terus: Faishal

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA terdapat banyak usaha untuk memastikan keselamatan Singapura selama ini, pengganasan akan terus wujud sebagai ancaman bukan sahaja buat Singapura, tetapi seluruh dunia.



Maka, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata adalah penting untuk meneruskan usaha itu sementara kekal relevan dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ancaman ini.



"Oleh itu sedang kita maju ke hadapan, saya rasa adalah penting kita terus hadir di media sosial dan wadah dalam talian.



"Pada masa yang sama, tiada apa yang boleh menggantikan hubungan dan interaksi fizikal serta sama-sama menyertai usaha ini dalam bentuk dalam talian dan secara fizikal," ujarnya.



Dr Faishal berkata demikian ketika ditemui media di rahat tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang ke-17 semalam.



Sejak ditubuhkan hampir 20 tahun lalu, beliau berkata RRG telah berkembang bukan sahaja dari segi sumbangannya bahkan dari segi pengetahuan dan kemahirannya.



Malah tambahnya, kedua-dua pengerusi bersama RRG - Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan - yang sentiasa berpandang hadapan tentang apa lagi usaha yang boleh dijalankan untuk terus menyokong dan membangunkan RRG.



"Sebelum saya masuk ke dewan ini, Ustaz Hasbi baru berkongsi dengan saya ideanya tentang bagaimana kita boleh membina kekuatan dan sumbangan RRG.



"Ini yang saya benar-benar hormati dan saya meraih inspirasi daripadanya - bagaimana mereka menyumbang ke arah pembangunan Singapura," ujarnya yang turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua Ustaz Ali dan Ustaz Hasbi bagi kepimpinan dan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan Singapura.



Kini, Dr Faishal berkata RRG terus memainkan peranan penting bukan sahaja dari segi kaunseling agama bahkan dalam usaha membina Singapura yang bersatu padu dan berdaya tahan menerusi pelbagai usaha pendekatan.



Malah tambahnya, RRG terus bekerja keras di sebalik tabir untuk memikirkan bagaimana untuk terus mendekati masyarakat, meskipun tidak dapat mengadakan rahat tahunan mereka selama dua tahun disebabkan sekatan Covid-19.



"Mereka memahami bahawa walaupun terdapat pandemik dan langkah pemutus rantaian untuk membendung penularan Covid-19, pengganasan dan radikalisasi menampilkan bahaya yang jelas dan nyata," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >