Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAHAT TAHUNAN RRG 2022

Ancaman pengganasan boleh timbul dengan pembukaan semula sempadan: SM Teo

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



ANCAMAN pengganasan baru mungkin akan timbul sedang pejuang asing pulang ke tanah air atau berangkat ke zon konflik dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.



Malah menurut Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, peluang bagi melancarkan serangan secara sendirian juga akan bertambah.



Menerusi satu ucapan video yang disampaikan di rahat tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang ke-17 semalam, beliau menggariskan antara ancaman pengganasan pasca Covid-19.



Encik Teo berkata kumpulan pengganas seperti ISIS kian mengeksploitasi ketidakstabilan di Afghanistan, dengan Taliban yang mengambil alih kuasa di sana.



"Kami berharap Afghanistan tidak kembali menjadi tempat perlindungan pengganas, seperti pada tahun 1990-an," ujarnya.



Tambahnya, situasi di Ukraine juga membimbangkan, dengan Ukraine akan dibanjiri pejuang asing dan senjata yang boleh melimpah ke negara dan kawasan lain.



Selain itu, pertempuran Israel-Palestin juga telah tercetus kembali, kata Encik Teo.



Beliau berkata Singapura akur bahawa isu Palestin merupakan satu keprihatinan bagi masyarakat Islam di Singapura dan negara ini juga telah lama menyokong huraian dua-negara, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Awal tahun ini, Singapura telah mengumumkan akan membuka sebuah misi diplomatik di Tel Aviv, Israel serta sebuah pejabat perwakilan di Ramallah dengan kerjasama pihak berkuasa Palestin.



"Kami telah menggesa kedua-dua pihak untuk berunding secara langsung berdasarkan huraian dua-negara.



"Kami berharap warga Israel dan Palestin dapat hidup bersama dengan aman dan selamat," ujar beliau.



Sepanjang dua tahun lalu, Encik Teo berkata Covid-19 telah menyukarkan pengganas merancang, membuat persiapan dan melakukan serangan, terutamanya yang merentas sempadan.



Namun di ruang siber, kumpulan pengganas pula mempertingkat usaha menyebar propaganda dan merekrut anggota baru, ujarnya.



Dengan ramai orang menghabiskan lebih banyak masa di ruang siber, terdapat banyak kes individu menjadi radikal secara sendiri sepanjang tempoh pandemik.



Malah, Encik Teo berkata landskap keamanan global masih tidak menentu, dengan kumpulan sekutu Jemaah Islamiyah (JI) dan ISIS di Asia Tenggara sedang membina semula keupayaan mereka dan menunjuk keinginan untuk melancarkan serangan.



"Di Singapura, masalah menjadi radikal secara sendiri terus menimbulkan satu ancaman pengganasan," ujar beliau.



Oleh itu, beliau menarik perhatian peranan penting yang dimainkan RRG terus melaksanakan tugas sepanjang dua tahun yang lalu untuk mendekati masyarakat meskipun berdepan dengan Covid-19.



Encik Teo turut menarik perhatian usaha RRG menghasilkan kandungan digital untuk mendekati masyarakat umum melalui media sosial dan usaha menganjurkan pertandingan video bagi belia.



"Pertandingan ini memperkukuh peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam usaha menentang ekstremisme dan pengganasan. Ini merupakan satu inisiatif yang penting," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >