Ancaman pengganasan di sini dari individu mudah terpengaruh tetap tinggi: ISD, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ancaman pengganasan di sini dari individu mudah terpengaruh tetap tinggi: ISD

Jun 24, 2021 | 05:30 AM

ANCAMAN pengganasan di Singapura kekal tinggi, dengan negara ini berdepan ancaman dari individu yang mudah terpengaruh dan kumpulan pengganas yang cuba meluaskan jangkauan secara dalam talian di tengah-tengah pandemik Covid-19, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Meskipun tidak ada risikan khusus atau wibawa yang menunjukkan adanya serangan pengganas yang pasti ke atas republik ini, jabatan itu bagaimanapun menarik perhatian bahawa ia telah mematahkan usaha dua remaja Singapura yang menyasarkan serangan ganas ke atas rumah ibadat di sini.

Salah satu serangan persendirian yang berjaya dipatahkan ISD itu melibatkan seorang remaja 16 tahun, yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun lalu, yang merancang menyerang Muslim di dua masjid di sini sempena ulang tahun kedua serangan ke atas jemaah masjid di Christchurch, New Zealand.

Kes-kes sebegini, menurut ISD dalam Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura edisi ke-3 yang dibentangkan semalam, menekankan ancaman nyata serangan oleh individu yang terpengaruh dengan pengganasan.

Memberikan penilaian akan keadaan di sini, ISD menyatakan ancaman pengganasan kebanyakannya dimulakan secara persendirian oleh individu yang terpengaruh dengan bahan pengganasan di Internet.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sejak 2015, 54 orang telah ditangani di bawah ISA bagi tindakan berkaitan pengganasan.

Sebahagian besar, 44 daripadanya adalah warga Singapura dan 12 warga asing (tiga rakyat Indonesia dan sembilan warga Bangladesh) - menjadi radikal secara sendirinya.

Daripada 16 individu yang dikenakan perintah berkaitan pengganasan di bawah ISA antara Januari 2019 hingga sekarang, 14 daripadanya terpengaruh secara sendiri.

Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura pertama kali diterbitkan pada 2017. Dibentangkan setiap dua tahun, ia bertujuan meningkatkan kewaspadaan rakyat Singapura terhadap sekitaran keselamatan di sini dan serantau.

Tegas ISD, kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan gerakan pengganasan Al-Qaeda masih menjadi ancaman utama.

"Di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, mereka meningkatkan usaha menarik penyertaan anggota dan menggiatkan propaganda di media sosial serta menggalakkan penyokong melancarkan serangan," kata ISD dan menambah, Jemaah Islamiyah, yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, juga kekal merbahaya, kerana ada petanda ia sedang membangunkan semula keupayaan ketenteraan dan mungkin kembali melakukan serangan ganas di Indonesia.

Selain mereka, tindakan ekstremisme oleh pelampau kanan juga merupakan ancaman serius, kata ISD lagi.

"Kumpulan ektremis pelampau kanan ini dilaporkan lebih tersusun dan berupaya melancarkan serangan," kata ISD yang memberi amaran tindakan ganas sedemikian boleh membangkitkan serangan balas dari kumpulan pengganas Islamis.

Laporan lanjut:

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map